Korang sayang Nabi tak??? Korang respek Nabi tak??? Korang rindu nak jumpa Nabi tak???
Kalau semuanya jawab tak tau, entahlah...
Macam mana la kat sana esok kita nak join baginda Rasulullah S.A.W. bergathering dengan umat-umatnya yang setia di Al-Kautsar Water Park,
di kala manusia lain tengah jem krem seksa yang amat???
SELAWAT SELALU...
Nak tau siapa yang paling kedekut???
Nabi kata, itu le orang yang tak nak selawat kat dia bila dengar nama dia disebut...
Susah mendenye??? Tak luak pun air liur tu setakat nak sebut selawat kat Nabi...
Yang berat sangat lidah nak selawat tu ape ke hal???
Bukan kena keluar duit pun...
SUNNAH SOKMO...
Nabi tu dah bagi segala macam contoh untuk kite semua ikut dan amal dari semua sudut lifestyle...
Yang korang dok follow lifestyle Amerika la, negro la, British la, apa ke mengarut???
Elok bebeno le tu... Nanti kat sana, sedar-sedar dibangkitkan bertepek dengan diorang baru padan muko...
SYUKUR SENTIASA...
Korang tak syukur ke dilahirkan sebagai umat baginda Rasulullah S.A.W.???
Nabi-nabi lain pun kalau boleh nak jadi umat Nabi Muhammad S.A.W. korang tau tak???
Banyak privilege, advantage, bonus point berlipat kali ganda... Cerita tak habislah...
Dah tu kalau syukur bawak-bawak le selawat kat baginda selalu, belajar dan amal sunnah Nabi...
Untung-untung layak le kita jadi members of the Al-Kautsar Club kat sana kelak...
SAYANG SESAYANG-SAYANGNYA...
Sahabat Nabi sayang Nabi lebih dari diorang sayang diri diorang sendiri korang tau???
Kita usahkan nak sayang, nak dengar kisah Nabi pon mengantuk...
Kisah Micheal Jackson suka pulak... Siroh Britney Spears, Rihanna, Justin Tasikbalak (Timberlake) semua hafal, follow, tiru sebijik...
Cuba korang fikir sikit, kat sana nanti siapa yang boleh tolong korang dari kena seksa yang pedih amat???
Artis Hollywood ke Al-Amin Sayyidina Muhammad Rasulullah S.A.W.???
Lu fikir la sendiri!!!