Ali Ibn Abi Talib menggambarkan ciri fizikal Rasulullah saw: "Postur Rasulullah saw tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek.Baginda memiliki perwatakan yang sedang dibandingkan kaumnya.Rambut baginda tidak terlalu kerinting dan tidak lurus terurai.Baginda berambut ikal,tidak gemuk dan wajah beliau tidak bulat.Kulit baginda putih kemera-merahan.
Baginda memiliki bola mata yang hitam pekat,bulu mata yang lentik serta bahu yang lebar dan tidak berbulu. Dada baginda berbulu.Telapak tangan dan kaki baginda tebal.Ketika berjalan baginda seakan-akan melangkah menuruni tanah yang landai. Ketika menoleh, baginda menoleh dgn seluruh badan.Antara kedua bahu baginda terdapat tanda kenabiaan.Baginda adlah nabi terakhir,manusia yang paling lapang dada,ucapannya paling mudah dipercayai,karakternya paling lembut dan cara bergaulnya paling mulia.
Siapa pun yang pertama kali melihat baginda,pasti segan tapi orang yang telah lama bergaul dgn baginda pasti mencintai baginda.Siapa pon yang cuba menggambarkan karakter baginda pasti berkata:'Aku tidak pernah melihat seorng pon yang sama seperti Rasulullah saw,baik sebelum mahupun selepas baginda wafat' (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Sa'd dan al-Baihaqi