“Bacalah fiz.Kami nak tahu.”
“Err..Aku nak…”
Kringg!!!loceng pulang berbunyi.
Fuhh!!Lega.Aku semamangnya nak membaca sendiri dahulu sebelum dikongsi bersama mereka.Belum sempat aku sampaikan niatku.Loceng pulang memotong hajatku.Aku bimbang jika terdapat maki hamun dalam surat itu.Aku tidak ingin air mukaku jatuh sekali lagi.Maklumlah aku terlanggar ‘dia’ pagi tadi.
“Bro..nanti cite kat kami esok apa yang Cik Z tulis.”
“Ok..Chow”Aku menuju ke virago kesayanganku.Beg yang dipikul terasa berat.Bukanlah bermakna penuh isinya.Tetapi berat jiwa ini memikirkan isi surat yang berada didalam beg galasku.Aku mula mengayuh.Panas matahari sedikit memberi kesan hangat kepadaku.Peluh mula merembes.
“Kering pulak tekak.”Aku singgah membeli air,melegakan keseksaan tekak,menyejukkan badan.Aku meneguk perlahan air sprite yang merupakan kegemaranku ketika hari terik.Aku membeli dengan baki belanja harianku sebanyak 5 ringgit.
Habis sahaja air sebotol ku teguk.Aku memecut laju bimbang,ayahku berang kerana pulang lewat.Setibanya aku,keluargaku yang lain sudahpun menungguku di meja makan.Aku mencampakkan beg,terus ke meja.
Pelbagai hidangan tersedia.Ayah merupakan tukang masak terhebat buatku.Segala masakannya enak ku rasa.Emak mencedokkan nasi,kuhulur pinggan dengan penuh hemat.Aku tidak sabar menjamah kesemua lauk yang ayah masak.Hari ini,ayah memasak semua hidangan kegemaranku.Udang masak merah,tilapia masak tempoyak…Perghh!!!
Aku memenuhkan perutku dengan sebaiknya.Setelah menambah 2-3 kali aku mula berasa kenyang.Aku mencuci tangan.Lalu aku naik ke bilik.
“Jangan lupa solat zohor” ayahku memperingatkan.
“Yer”
Sebaik sahaja menyalin baju,aku terus menjalankan ibadah solat.Selesai solat aku merenung beg galasku.Lama aku memikirkannya.Kucar fikiranku memikirkannya.Argh!!Lantak la.Buat apa aku nak layan budak sombong tu.Mesti dia nak kutuk aku.Huh!
Aku merasakan dia tu terlalu sombong.Kemaafanku tidak disambut baik olehnya.Teringat kembali perkara pagi tadi berlaku.Kadang-kadang lawak juga bila difikirkan kembali.Aku terbayang wajah Lyana.
“Tak sangka dia sudi menjadi watak penting dalam hidupku..”
Saat kau hadir di masa ku leka
Mengukir satu sejarah cinta
Tika kau tintakan perasaanmu terhadapku
Jantungku tiba-tiba berdegup laju
Waktu kau mula berbicara
Hatiku mula bersyair bahasa jiwa
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi,menghentikan lamunaku.Aku mengambilnya.,terdapat mesej masukAku memandang kearah skrin telefon.Terpampang satu mesej.Tapi bukanlah mesej biasa,mesej bergambar.
1 file received
RED.bmp
Sender:+60132366645
“Huh?”Aku membuka mesej tu.Pelik,hanya terdapat gambar kotak berwarna merah.Ada orang nak mempermainkan akukah?Penghantarnya tidak aku ketahui.Motifnya masih aku tidak faham,tapi aku yakin ada erti yang tersirat.Aku mula memikirkannya.
“Apa kaitan aku dengan warna merah?”
Tit!!tit!!Sekali lagi mesej aku terima.Nombor pengirim yang sama.
Right time,right place
Coupled in red in the base
I put on you in the case
I’ll see how fast you can chase..
Sender:+60132366645
“Apa ni.Teka-teki?!”
Selang beberapa minit,sebuah mesej tiba lagi.Aku semakin bingung,aku tak memahami yang si pengirim sampaikan.
Guess me….
I know you can Mr. beloved detective.
Sender:+60132366645
Aku terduduk.Satu cabaran bagiku.Egoku meluap-luap,pantang seorang lelaki dicabar.Aku mula membuat hipotesis,mencari identity si pengirim.Aku yakin dia seseorang yang begitu rapatku tapi siapa?Lyana?Mustahil dia sudah tahu nomborku.Siapa!!!!
Aku membaca berulang kali mesej pertama dan mesej kedua.Mesej pertama masih samar-samar maksudnya.Mesej kedua membuatkan aku yakin setiap baris mempunyai maksud tertentu menjelaskan sesuatu.
Aku memulas kepala otakku.TIba-tiba aku mula memahaminya.Terkesan sayu dihatiku….
“Kenapa waktu ni kau tiba……”
EPISOD 8 siap ditulis pada 2.07am 14 Disember 2009