“Sarah….”
“Ni bukan waktu sesuai untuk kau kembali hadir..”
Satu teka teki mudah untuk ku rungkai.Semuanya merujuk kepada hari terakhir aku bertemu sarah.Mesej kedua kunci utama permainan ini.
Right time,right place
Coupled in red in the base
I put on you in the case
I’ll see how fast you can chase.. Setelah sekian lama menanti,Sarah nuncul sekali lagi.Aku rindu padanya.Aku ingin bertemu meminta seribu kemaafan.Aku ingin sekali mencuba merubat luka di hatinya.Terlintas di mindaku untukku memperbaiki kesilapanku terhadapnya.Tapi aku bimbang,aku tidak berpeluang.Jemariku bergerak mendail nombornya.Selang beberapa saat.Ada yang mengangkat,tetapi tiada suara.Aku mula membuka tirai bicara.
Tiada perkataan mampu ku ungkap.Hanya namanya yang menari dibibir.
“Sa..Sarah.Awak ke ni?sunyi.Tiada yang mengeluarkan suara.Tiba-tiba aku terdengar suara teresak-esak.Aku bingung..
“Ya…Hafiz.Ini Sarah”jawab Sarah sambil menangis.
“Kenapa awak menangis?”soalku.
“Saya..”Tap!!Sarah meletakkan gagang.Talian terputus.Sarah seperti tidak sanggup bercakap denganku.Aku menunduk kecewa.
Tit!!Tit!!
“Hah?”
Satu mesej masuk,dari Sarah.Hatiku berdebar.Jariku gugup untuk menekan butang telefon bimbit.Aku menarik nafas.Tit!
Jumpa awak malam ni..
Kat KFC
Ermm..baju merah yerr..
Sender:+60132366645
“Just like old time”aku berbaring diatas katil.Aku renung syiling bilikku.Aku cuba mengagak apa yang kan berlaku nanti.Seketika aku termenung,lalu aku bangkit mencari baju merah hari itu.Selepas itu aku gantung seperti biasa.
“Biar je la apa nak jadi malam ni.”aku turun ke bawah.Mencari ketenagngan,menghilangkan kekusutan.Aku cuba menenangkan kepalaku yang berserabut.Aku biarkan surat Zulaikha.Aku enggan membacanya lagi.Mungkin apa yang nak disampaikan oleh Zulaikha bukan perkara penting,aku abaikan sahaja.
“Tengah-tengah serabut cam ni,lebih baik layan ultraman”
Mataku tepat memandang kerah pemain DVD.Timbul sedikit rasa bersemangat dihati,maklumlah nak lihat perwira tersayang bertarung.Aku mencari-cari DVD ultraman yang aku beli tempoh hari.’Ultraman Mebius & Ultraman Brothers’ merupakan filem baru dari ultraman.Filem tersebut mendapat sambutan hangat di Jepun.Banyak teknik CGI digunakan dalam filem itu,menjadikan ia sebuah filem menarik.
“Ha…ni pun.”setelah puas mencari akhirnya ketemui.Ceh!!
Aku menekan butang ‘play’.Tidak sampai beberapa saat,babak pertama telah bermula.Kemunculan 4 ultraman(ultraman brothers) muncul menentang rasaksa di ruang angkasa.Ultraman,Ultraman Ace,Ultra Seven,dan Ultraman Jack bergabung tenaga.
Fire!!Jerit Ultraman ke arah yang lain.Mereka menggabungkan kuasa mereka menjadi satu.Tercipta satu sinaran kuasa yang amat hebat.Boom!!Rasaksa Ryu akhirnya berjaya dikunci.Oleh kerana megunci rasaksa tersebut mereka berempat tidak boleh bertukar kepada ultraman,jika tidak rasaksa Ryu akan bangkit semula daripada dikunci.
20 tahun kemudia,muncul seorang lagi ultraman,Ultraman Mebius.Merupakan anak didik Ultraman Taro dan Ultraman Zofy.Tiba-tiba ada makhluk asing cuba menyerang bumi!!
Dush!!
“Hei…budak ni besar-besar pun tengok ultraman lagi?”soal ayahku.Aku memegang kepalaku yang baru disengkeh.Ayah terus melangkah pergi.Agak pedas sindiran yang ayah beri.Aku buat-buat tak dengar.Aku memang sejak kecil meminati perwira jepun ini.Aku mengikuti segala perkembangannya.Hiarghhh!!!!
Aku yang sedang kusyuk menonton,disapa secara tiba-tiba oleh ayahku.Huh!!Terjejas mood ultramanku.Kalau diberi kuasa macam ultraman dah lama aku fire ayahku.Fire!!Brrrrr!!!
Aku melihat jam di ruang tamu.Sudah pukul 5.30 petang.Aku bangun menutup DVD,terus pergi solat asar.
“Bosan gak ni!!Gi main basikal la pulak”aku pergi mengayuh basikal sedudah solat asar.Menngambil angin petang yang sepoi-sepoi bahasa.Sewaktu mengayuh terasa gugup hadir menanti malam ini.
“Sarah…”terbayang wajahnya dikaki langit.
Pulang sahaja kerumah,aku pergi mandi lantas menunggu waktu maghrib tiba.Sesudah solat.Aku memakai baju merah kegemaran Sarah.Aku mengenakan sedikit wangian pada tubuhku.Rambutku digayakan seringkas yang mungkin,tidak terlalu bergaya tidak juga terlalu serabut.Sedang-sedang manis sahaja.
Jam berdetik tidak berhenti,saatnya tetap berjalan.Memang itulah sifat waktu yang sering mencemburui manusia.Geraknya kehadapan tidak pernah menoleh kembali ke belakang.
8.30 malam…..
Aku tiba di KFC.Aku menarik nafas sedalam mungkin,menghilangkan rasa cuak didada.Pintu KFC kubuka.Aku terus ke tingkat atas.Sarah memang suka makan di tingkat 2.Katanya suka melihat pemandangan dari situ.Itulah Sarah yang aku kenali.
Lagi setapak kakiku melangkah.Tibanya aku ditingkat 2.Aku sudah nampak Sarah dari sini,memakai baju merah kegemarannya.Meja yang dipilihnya betul-betul di tepi tingkap yang menghadap Bandar.Dia sedang termenung melihat kerlipan lampu malam.Rambutnya terurai menyerlahkan lagi keayuan Sarah.Dia bagaikan sudah lama menungguku.
Aku melangkah perlahan kearahnya.Aku tidak ingin mengejutkan lamunannya.Kakiku melangkah setapak demi setapak,perlahan penuh syahdu.Hatiku mula berdesir-desir…
Saban hari ku mencarimu
Semalaman ku mengenangmu
Marah, resah, gelisahku
Terkumpul menjadi satu
Kakiku melangkah mencari dilema
Kearah dirimu yang sedang hampa
Jangan fikirku selalu alpa
Kisahmu yang sedang terluka..EPISOD 9 siap ditulis pada 3.55pm 15 Disember 2009