Life of TAHAP
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Life of TAHAP

Laman rasmi Pimpinan SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut.
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM DIUCAPKAN UNTUK SEMUA PELAJAR SMKA TAHAP KHUSUSNYA KEPADA PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHAP...BERSAMALAH KITA MENYEMARAKKAN BIAH SOLEHAH INSYAALLAH..
KEPADA SELURUH PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHP YANG SUDAH MENCAPAI STATUS PELAJAR TINGKATAN 5 ANDA DIMINTA UNTUK MENDAFTAR TERUS KEPADA LAMAN RASMI BATCH IAITU DI http://batchtahap27.ning.com/
http://lifeinislam.sosblog.com
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
iluvislam
iluvislam
Kalender
April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     
CalendarCalendar
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 22 on Tue Jun 08, 2010 4:28 pm
Latest topics
» Maka AKUlah AKU..dan kamu?
Penembakan kapal mavi marmara-israel tidak berperikeMANUSIAan EmptyWed Jan 11, 2012 7:12 pm by MOTIVATOR

» KOREAAAA!!!!
Penembakan kapal mavi marmara-israel tidak berperikeMANUSIAan EmptyFri Sep 30, 2011 11:39 pm by nur

» Reminiscence
Penembakan kapal mavi marmara-israel tidak berperikeMANUSIAan EmptyTue Aug 09, 2011 5:30 pm by nur

» X-TAHAP 2011...
Penembakan kapal mavi marmara-israel tidak berperikeMANUSIAan EmptySun May 01, 2011 8:20 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» Life Of Tahap da tak meriah cam dulu...
Penembakan kapal mavi marmara-israel tidak berperikeMANUSIAan EmptyMon Dec 20, 2010 5:47 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» KENAPA TAHAP TAK seMERIAH dulu?????????
Penembakan kapal mavi marmara-israel tidak berperikeMANUSIAan EmptyMon Dec 13, 2010 4:05 pm by Guest

» AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PAI 2010
Penembakan kapal mavi marmara-israel tidak berperikeMANUSIAan EmptySat Oct 30, 2010 12:01 am by fiza

» CINTA MERUBAH SEGALANYA
Penembakan kapal mavi marmara-israel tidak berperikeMANUSIAan EmptyFri Oct 15, 2010 8:49 am by allisa dania

» Seandainya Malaysia Diserang : Bersediakah Kita?
Penembakan kapal mavi marmara-israel tidak berperikeMANUSIAan EmptySun Sep 05, 2010 6:13 pm by Aizat

chat

 

 Penembakan kapal mavi marmara-israel tidak berperikeMANUSIAan

Go down 
AuthorMessage
hafiz hafifi

hafiz hafifi


Male jawatan : ketua dema baru
Posts : 199
Age : 30
Birthday : 04/03/1994
Reputation : 38
Join date : 16/11/2009
Location : rider world

Penembakan kapal mavi marmara-israel tidak berperikeMANUSIAan Empty
PostSubject: Penembakan kapal mavi marmara-israel tidak berperikeMANUSIAan   Penembakan kapal mavi marmara-israel tidak berperikeMANUSIAan EmptySun Jun 06, 2010 10:33 pm

Laporan terakhir mengenai keadaan misi kemanusiaan Freedom Flotilla yang diserang oleh komando rejim Israel menyebut bahawa sejumlah 535 penumpang sudah diturunkan dari kapal Mavi Marmara.

Menurut laman web Haluan Palestin, kapal itu kini dilabuhkan di Ashdod dan dalam keadaan kosong.

Informasi yang diungkapkan oleh Al-Jazeera tersebut diperolehi dari Kementerian Luar Negeri Israel.

Kebanyakan penumpang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik dengan Israel, seperti Lubnan, Mesir, Yaman dan yang lainnya sementara bakinya berasal dari negara yang tidak memiliki hubungan diplomatik dengan Israel.

Bagi aktivis yang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik, jika mereka tidak membantah arahan pemerintah, maka Israel maka mereka akan dihantar pulang secara langsung dengan menaikkan pesawat yang disediakan di bandar Tel Aviv.

Manakala bagi aktivis yang negaranya tidak memiliki hubungan diplomatik, ditahan oleh Israel hingga ada negara ketiga yang mahu menerima mereka.

Sehingga laporan ini dicatatkan, Al-Jazeera menyatakan ada 48 aktivis yang telah dihantar pulang, salah seorangnya adalah Edward Peck, warga yang berusia 81 tahun yang juga merupakan mantan Duta Amerika Syarikat.

Bakinya sejumlah 480 orang ditahan di penjara Israel di Beersheba. Mereka akan dihantar pulang jika urusan perundangan mereka dengan kerajaan Israel selesai.

Sementara itu, Wisma Putra melalui Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengesahkan semua 12 orang rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marmara berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan yang kini masih di bawah tahanan Israel di Haifa.

Menurut Anifah, kerajaan sedang berusaha untuk membawa pulang kesemua mereka.

Malaysia telah mendapatkan kerjasama dari Kerajaan Turki dan Ireland bagi mendapatkan maklumat keadaan rakyat Malaysia tersebut.


sumber-harakah daily




Semua 12 orang rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel pagi semalam, disahkan selamat, kata Menteri Luar Datuk Anifah Aman semalam.

Beliau berkata, Kementerian Luar kini berusaha membawa mereka pulang ke tanahair. "Kita telah jalankan usaha-usaha untuk membawa balik warganegara kita yang ditahan itu," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Katanya, beberapa negara seperti Jordan dan Turki telah menyuarakan kesediaan mereka untuk membantu dalam usaha itu. "Filipina dan Ireland yang mempunyai misi di Tel Aviv juga ingin membantu supaya rakyat kita dapat dibawa balik melalui udara atau jalan raya," katanya.

Beliau berkata, Kedutaan Malaysia di Turki telah meminta secara rasmi kepada kerajaan itu bagi membawa balik rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu.

Mavi Marmara, sebuah kapal Turki ialah Satu daripada konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza. Anifah turut menjelaskan bahawa angka rasmi rakyat Malaysia yang berada di atas Mavi Marmara adalah 12 orang dan bukan 11 orang seperti yang dilaporkan.

Beliau berkata, seorang lagi rakyat malaysia yang terlibat dalam kejadian ituialah anggota Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Mustafa Mansur.

Anifah turut mengesahkan tidak ada warganegara Malaysia yang cedera dalam kejadian itu.

Beliau juga memberitahu bahawa Wisma Putra masih sedang mengesan lokasi kesemua rakyat Malaysia yang ditahan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) itu.

Menurutnya kapal Mavi Marmara telah ditunda ke Pelabuhan Haifa manakala lima lagi kapal yang terlibat dalam misi itu berada di Ashdod.

Anifah berkata Wisma Putra telah mewujudkan satu bilik operasi yang beroperasi 24 jam bagi mendapatkan maklumat tepat dan terkini berkaitan penahanan rakyat Malaysia itu. "Kita akan hubungi misi kita di Angkara dan negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Tel Aviv bagi mendapatkan maklumat terkini dari masa ke masa," katanya. Bilik operasi itu boleh dihubungi di talian 03-88874570.

Ditanya tentang tiga kapal tajaan Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Anifah yang baru tiba dari Singapura selepas menghadiri mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN-GCC berkata beliau dimaklumkan bahawa misi itu akan diteruskan ke perairan Gaza.

Katanya, wakil PGPO turut meminta agar negara-negara Aean-GCC menggesa Israel agar tidak menghalang perjalanan flotila bantuan itu.

sumber- BERNAMA
Back to top Go down
 
Penembakan kapal mavi marmara-israel tidak berperikeMANUSIAan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Bangsa Israel
» Tentera Israel tawan Rachel Corrie
» APA GUNANYA IMAN SEKIRANYA TIDAK DIUJI
» Apa Guna Iman Sekiranya Tidak Diuji
» apa guna iman jika tidak diuji???????????????????

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Life of TAHAP :: Masalah semasa dan global-
Jump to: