Life of TAHAP
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Life of TAHAP

Laman rasmi Pimpinan SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut.
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM DIUCAPKAN UNTUK SEMUA PELAJAR SMKA TAHAP KHUSUSNYA KEPADA PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHAP...BERSAMALAH KITA MENYEMARAKKAN BIAH SOLEHAH INSYAALLAH..
KEPADA SELURUH PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHP YANG SUDAH MENCAPAI STATUS PELAJAR TINGKATAN 5 ANDA DIMINTA UNTUK MENDAFTAR TERUS KEPADA LAMAN RASMI BATCH IAITU DI http://batchtahap27.ning.com/
http://lifeinislam.sosblog.com
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
iluvislam
iluvislam
Kalender
May 2024
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
CalendarCalendar
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 22 on Tue Jun 08, 2010 4:28 pm
Latest topics
» Maka AKUlah AKU..dan kamu?
Apa Guna Iman Sekiranya Tidak Diuji EmptyWed Jan 11, 2012 7:12 pm by MOTIVATOR

» KOREAAAA!!!!
Apa Guna Iman Sekiranya Tidak Diuji EmptyFri Sep 30, 2011 11:39 pm by nur

» Reminiscence
Apa Guna Iman Sekiranya Tidak Diuji EmptyTue Aug 09, 2011 5:30 pm by nur

» X-TAHAP 2011...
Apa Guna Iman Sekiranya Tidak Diuji EmptySun May 01, 2011 8:20 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» Life Of Tahap da tak meriah cam dulu...
Apa Guna Iman Sekiranya Tidak Diuji EmptyMon Dec 20, 2010 5:47 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» KENAPA TAHAP TAK seMERIAH dulu?????????
Apa Guna Iman Sekiranya Tidak Diuji EmptyMon Dec 13, 2010 4:05 pm by Guest

» AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PAI 2010
Apa Guna Iman Sekiranya Tidak Diuji EmptySat Oct 30, 2010 12:01 am by fiza

» CINTA MERUBAH SEGALANYA
Apa Guna Iman Sekiranya Tidak Diuji EmptyFri Oct 15, 2010 8:49 am by allisa dania

» Seandainya Malaysia Diserang : Bersediakah Kita?
Apa Guna Iman Sekiranya Tidak Diuji EmptySun Sep 05, 2010 6:13 pm by Aizat

chat

 

 Apa Guna Iman Sekiranya Tidak Diuji

Go down 
AuthorMessage
@re_f!Q

@re_f!Q


Male Posts : 53
Age : 30
Birthday : 02/03/1994
Reputation : 0
Join date : 09/01/2010
Location : kUaLa liPis tOwn

Apa Guna Iman Sekiranya Tidak Diuji Empty
PostSubject: Apa Guna Iman Sekiranya Tidak Diuji   Apa Guna Iman Sekiranya Tidak Diuji EmptySun Jan 17, 2010 12:14 pm

Dalam hidup ini kita terpaksa berdepan dengan dua situasi atau keadaan yang mana keadaan pertama dipanggil sebagai “hasanat” dan keadaan kedua dipanggil “as-Syiddah”.

Kedua-dua keadaan ini pasti akan dihadapi oleh setiap manusia.

Hasanat ialah segala kebaikan dan kesenangan yang menyenangkan hati manusia seperti diberikan tubuh badan yang sihat, mempunyai harta kekayaan yang banyak, mempunyai jawatan dan pangkat yang tinggi dan sebagainya. Hasanat inilah yang telah banyak menghancurkan iman manusia sejak zaman berzaman apabila ia tidak berjaya diolah dengan baik berdasarkan keimanan yang ada.

Sebagai contoh kita dapat lihat ialah bagaimana firaun yang telah diberikan kekuasaan dan kekayaan oleh Allah Taala lalu dengan kekayaan dan kekuasaan tersebut ia telah menderhakai Allah sehingga akhirnya dia telah dibinasakan oleh Allah akibat daripada sifat lupa kepada diri apabila memperoleh hasanat (kebaikan yang banyak).

Hasanat ini menjadi idaman setiap diri manusia akan tetapi apabila hasanat ini diberikan oleh Allah kepada manusia tidak ramai yang mampu mengolahnya dengan baik dan kebanyakan manusia tidak reti untuk bersyukur.

As-Syiddah pula adalah setiap kesukaran, kesempitan dan kesusahan yang menyebabkan hati manusia merasa berat untuk memikulnya dan merasakan tidak sanggup untuk berdepan dengannya seperti kemiskinan, ditimpa sakit, hilang harta benda, kematian ahli keluarga dan sebagainya.

As-Syyidah ini walaupun kita lihat ia sesuatu yang cukup berat untuk ditanggung tetapi sebenarnya ia lebih sedikit mendatangkan risiko terhadap iman manusia kerana kebiasaannya apabila ditimpa kesukaran dan kesempitan manusia menjadi mudah untuk mengingati Allah dan mengadu hal kepadaNya.

As-Syiddah ini tetap mendatangkan risiko kepada iman manusia sebenarnya kalau ia tidak berjaya diolah dengan baik namun risikonya kepada iman adalah lebih kurang sedikit jika hendak dibandingkan dengan hasanat yang sering kali menjadikan manusia lupa dan lalai kepada Allah. Lantaran itu, apabila kita meneliti sirah perjuangan Nabi s.a.w kita dapat melihat bahawa perjuangan Nabi adalah perjuangan yang dikelilingi oleh kesusahan demi kesusahan dan para sahabat yang mengikuti Nabi ketika itu bertambah secara mendadak iman mereka disebabkan As-Syiddah yang mereka hadapi.

Setiap kali ditimpa as-Syiddah pergantungan Nabi dan para sahabat kepada Allah semakin kuat serta mereka menyerahkan diri secara total kepada Allah Taala sebagaimana Firman Allah Taala dalam surah surah al-ahzab ayat 22 :




Maksudnya :

Dan pada masa orang-orang Yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah Yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada Kami dan benarlah (Apa Yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". dan (angkatan tentera musuh Yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. ( 33 : 22)

Selagi mana nyawa di kandung badan maka selagi itu kita akan berdepan dengan dua keadaan ini yang menuntut kita untuk mengolah setiap ujian ini dengan baik berdasarkan iman yang ada. Sama ada kita berdepan dengan hasanat mahupun as-Syiddah maka gunalah iman untuk mengolahnya. Iman itu sangat berguna apabila kita diuji oleh Allah Taala kerana dengan imanlah kita mampu membawa diri menjadi individu yang sentiasa bersyukur dan mengharapkan RahmatNya.

Lebih baik kita diuji sewaktu hidup di atas muka bumi ini berbanding ujian yang di akhirat kerana seberat mana ujian di dunia ia akan berakhir akan tetapi jika diuji dengan kesusahan di akhirat ia terlalu dahsyat untuk ditanggung.
Back to top Go down
 
Apa Guna Iman Sekiranya Tidak Diuji
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» APA GUNANYA IMAN SEKIRANYA TIDAK DIUJI
» apa guna iman jika tidak diuji???????????????????
» buat jiwa yang sentiasa diuji
» Penembakan kapal mavi marmara-israel tidak berperikeMANUSIAan
» 99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Life of TAHAP :: Hadith-
Jump to: