Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik,
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH,
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang tepat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan,
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya,
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya menempuh ketentuanNYA,
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang terbaik hanya ada bersama ALLAH,
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal,
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menghayati bahawa semakin banyak dugaanNYA semakin dekat kita kepadaNYA.....
Wahai sahabat-sahabat yang berasa kecewa dan derita kerana cinta...fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya...
Hari esoknya pun kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita....
Gapailah keredhaan dan cinta Illahi sementara masih diberi pinjaman nyawa...
Percayalah sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yang menadah tangan memohon dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.....
Wallahualam.......