Life of TAHAP
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Life of TAHAP

Laman rasmi Pimpinan SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut.
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM DIUCAPKAN UNTUK SEMUA PELAJAR SMKA TAHAP KHUSUSNYA KEPADA PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHAP...BERSAMALAH KITA MENYEMARAKKAN BIAH SOLEHAH INSYAALLAH..
KEPADA SELURUH PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHP YANG SUDAH MENCAPAI STATUS PELAJAR TINGKATAN 5 ANDA DIMINTA UNTUK MENDAFTAR TERUS KEPADA LAMAN RASMI BATCH IAITU DI http://batchtahap27.ning.com/
http://lifeinislam.sosblog.com
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
iluvislam
iluvislam
Kalender
May 2024
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
CalendarCalendar
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 22 on Tue Jun 08, 2010 4:28 pm
Latest topics
» Maka AKUlah AKU..dan kamu?
Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 4(BOROBUDUR adalah masjid?) EmptyWed Jan 11, 2012 7:12 pm by MOTIVATOR

» KOREAAAA!!!!
Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 4(BOROBUDUR adalah masjid?) EmptyFri Sep 30, 2011 11:39 pm by nur

» Reminiscence
Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 4(BOROBUDUR adalah masjid?) EmptyTue Aug 09, 2011 5:30 pm by nur

» X-TAHAP 2011...
Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 4(BOROBUDUR adalah masjid?) EmptySun May 01, 2011 8:20 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» Life Of Tahap da tak meriah cam dulu...
Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 4(BOROBUDUR adalah masjid?) EmptyMon Dec 20, 2010 5:47 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» KENAPA TAHAP TAK seMERIAH dulu?????????
Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 4(BOROBUDUR adalah masjid?) EmptyMon Dec 13, 2010 4:05 pm by Guest

» AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PAI 2010
Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 4(BOROBUDUR adalah masjid?) EmptySat Oct 30, 2010 12:01 am by fiza

» CINTA MERUBAH SEGALANYA
Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 4(BOROBUDUR adalah masjid?) EmptyFri Oct 15, 2010 8:49 am by allisa dania

» Seandainya Malaysia Diserang : Bersediakah Kita?
Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 4(BOROBUDUR adalah masjid?) EmptySun Sep 05, 2010 6:13 pm by Aizat

chat

 

 Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 4(BOROBUDUR adalah masjid?)

Go down 
AuthorMessage
hafiz hafifi

hafiz hafifi


Male jawatan : ketua dema baru
Posts : 199
Age : 30
Birthday : 04/03/1994
Reputation : 38
Join date : 16/11/2009
Location : rider world

Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 4(BOROBUDUR adalah masjid?) Empty
PostSubject: Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 4(BOROBUDUR adalah masjid?)   Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 4(BOROBUDUR adalah masjid?) EmptyTue Jun 08, 2010 2:04 pm

Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 4(BOROBUDUR adalah masjid?) Thestupacomplexatborobu
KOTA BOROBUDUR DI SEMARANG YANG DI GELAR OLEH BRITISH SEBAGAI KUIL BUDDHA



Apabila Imperialis Belanda kalah ditangan tentera Perancis dibawah kekuasaan Napoleon Bonaparte, ia telah menyerahkan jajahannya di Indonesia kepada British untuk menjaganya dengan janji akan menyerah kembali kepada Belanda setelah merdeka nanti. Maka apabila kerajaan Britain setelah menguasai jajahan Belanda di Indonesia, ia telah menghantar Stanford Raffles dan kerani bodohnya Munsyi Abdullah ke kota-kota Islam itu dan merubahnya serta menghilangkan bukti-bukti kekuasaan Kerajaan Islam Kedah Tua di sana. Sehinggakan Kota Borobudur telah di "convert" menjadi candi kafir Buddha. Bila ahli sejarah masakini pergi membuat kajian di sana mereka merasa hairan kerana Candi Borobudur yang di atur penuh dengan patung-patung Buddha itu memiliki senibina Islam Arab Yaman dan berdekatan Kota Borobudur pula terdapat Kota Prambanan yang juga telah diubahsuai British dan dijadikan kononnya Kuil Hindu Prambanan.

Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 4(BOROBUDUR adalah masjid?) Kotaprangbannai
BRITISH MENGELARNYA KOTA HINDU PRAMBANAN SELEPAS MENGUBAHNYA MENJADI KUIL DI BAWAH KELOLAAN STANFORD RAFFLES



Di Indonesia juga terdapat kota pelabuhan kuno Grisek di Jawa Timur. Kota ini ini dikatakan milik anak Sultan Kedah Tua yang bernama Siti Fatimah Maimun. Baginda merupakan Ratu disitu seperti Ratu Hijau yang memerintah Pantai Timur Semenanjung Melaka atas nama Kerajaan Pattani. Baginda datang ke Indonesia dibawa oleh ayahandanya pada tahun 1303 Saka atau 1381 masihi dalam misi mengislamkan orang-orang disana. JAB Wiselius seorang pengkaji dari barat mencatatkan, namanya ialah Dewi Suari dan ayahandanya ialah Sultan Kedah ( Gedah ). Pentadbiran baginda dibantu oleh pegawai-pegawai terlatih dibawah kelolaan seorang ulamak yang hebat pada masa itu bernama Maulana Malik Ibrahim. Ulamak tersohor ini didatangkan khas dari daerah Chempa, Cempaka Sari Kemboja. Kajian Lembaga Research Pasentran Leluhur Islam Jawa Timur pula mengatakan Puteri Siti Fatimah Maimun dan Dewi Ratna Suari adalah orang yang sama iaitu puteri kepada Sultan Kedah. Masa hidupnya sezaman dengan Maulana Malik Ibrahim dan jarak wafat kedua tokoh ini hanya bezanya 20 tahun. Baginda mangkat di Desa Laren, Manyan Grisek Jawa Timur dan makamnya sekarang ada bersebelahan Kota Grisek sebuah kota pelabuhan kuno. Siti Fatimah Maimun tercatat dalam sejarah sebagai pendakwah sufi dizaman kegemilangan Islam Kedah ketika itu. Catatan ini juga menjadi bahan kajian J.Wolbers juga salah seorang pengkaji sejarah dari barat.



Sebelum nama Alor Star digunakan, pusat pemerintahan kuno ini bernama Kota Star. Nama ini diberi kerana sekitar kawasannya ditumbuhi pohon-pohon Stag dalam loghat utaranya atau pohon-pohon Star. Ia sejenis pokok yang buahnya masam-masam manis. Buah pokok Stag ini berwarna kekuning-kuningan bila ianya masak. Ia dalam kumpulan pohon Kundang termasuk juga pohon Rumia, sila rujuk Buletin MKNK m.s 14 oleh Wadiassofi Jaafar. Ketamadunan Kota-kota ini dan Kesultanan Kedah Tua perlulah dijaga dan dipelihara untuk kepentingan negara. Selain kita memiliki warisan-warisan lama ini, sejarah realiti ini pula dapat memupuk identiti dan jati diri rakyat Malaysia, catatan tentang kota-kota lama ini juga membuktikan kehebatan Kesultanan Melayu Tua. Gerbang Kota Star telah di musnahkan pada tahun 1960 setelah kemangkatan Sultan Badlisah pada tahun 1958 dan Gerbang Kacapuri di Kota Kuala Bahang yang namanya ditukar kepada Kuala Kedah juga telah dimusnahkan pada tahun 1970 yang kononnya telah runtuh akibat ribut. Setelah semua konspirasi ini selesai maka benarlah kata-kata British dan talibarutnya konon MELAYU INI TIADA APA-APA CUMA PERTANIAN DAN ATAP RUMBIA. Kota-kotanya hanyalah dari kayu, papan dan batang buluh.
Back to top Go down
 
Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 4(BOROBUDUR adalah masjid?)
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 5(sejarah kedah dalam buku teks kita diseleweng)
» Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri (siapa yang menukar sejarah kita?)
» Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 1(pengenalan)
» Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 3 (benarkahfortaleza de malacca milik kafir portugis?)
» Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 6(nama MALAYSIA sudah lama ada?)

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Life of TAHAP :: Perbincangan Umum-
Jump to: