Life of TAHAP
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Life of TAHAP

Laman rasmi Pimpinan SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut.
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM DIUCAPKAN UNTUK SEMUA PELAJAR SMKA TAHAP KHUSUSNYA KEPADA PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHAP...BERSAMALAH KITA MENYEMARAKKAN BIAH SOLEHAH INSYAALLAH..
KEPADA SELURUH PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHP YANG SUDAH MENCAPAI STATUS PELAJAR TINGKATAN 5 ANDA DIMINTA UNTUK MENDAFTAR TERUS KEPADA LAMAN RASMI BATCH IAITU DI http://batchtahap27.ning.com/
http://lifeinislam.sosblog.com
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
iluvislam
iluvislam
Kalender
May 2024
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
CalendarCalendar
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 22 on Tue Jun 08, 2010 4:28 pm
Latest topics
» Maka AKUlah AKU..dan kamu?
tiada ruang untuk maksiat EmptyWed Jan 11, 2012 7:12 pm by MOTIVATOR

» KOREAAAA!!!!
tiada ruang untuk maksiat EmptyFri Sep 30, 2011 11:39 pm by nur

» Reminiscence
tiada ruang untuk maksiat EmptyTue Aug 09, 2011 5:30 pm by nur

» X-TAHAP 2011...
tiada ruang untuk maksiat EmptySun May 01, 2011 8:20 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» Life Of Tahap da tak meriah cam dulu...
tiada ruang untuk maksiat EmptyMon Dec 20, 2010 5:47 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» KENAPA TAHAP TAK seMERIAH dulu?????????
tiada ruang untuk maksiat EmptyMon Dec 13, 2010 4:05 pm by Guest

» AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PAI 2010
tiada ruang untuk maksiat EmptySat Oct 30, 2010 12:01 am by fiza

» CINTA MERUBAH SEGALANYA
tiada ruang untuk maksiat EmptyFri Oct 15, 2010 8:49 am by allisa dania

» Seandainya Malaysia Diserang : Bersediakah Kita?
tiada ruang untuk maksiat EmptySun Sep 05, 2010 6:13 pm by Aizat

chat

 

 tiada ruang untuk maksiat

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Aizat

Aizat


Male Posts : 154
Age : 27
Birthday : 27/05/1996
Reputation : 0
Join date : 20/11/2009
Location : jerantut

tiada ruang untuk maksiat Empty
PostSubject: tiada ruang untuk maksiat   tiada ruang untuk maksiat EmptyWed Feb 17, 2010 10:57 pm

Seorang lelaki bernama Abu Zayed berjumpa dengan Ibrahim bin Adham bagi mengadu masalahnya. Katanya dia sukar mengelakkan dirinya daripada melakukan dosa. Dia sering terjebak dengan maksiat.
Mendengar keluhan itu, Ibrahim menjemput Abu Zayed ke dalam rumah. Beliau berkata “Apabila saudara bersedia menerima lima syarat dan dapat melaksanakannya, saudara boleh terus melakukan maksiat.”
Abu Zayed ternganga sambil berkata, “Ya Ibrahim, adakah benar begitu?Apakah syarat-syaratnya?”
Ibrahim mempelawanya duduk. Kemudian berkata, “Pertama, saudara tidak boleh makan rezeki pemberian Allah sekiranya mahu melakukan maksiat.”
Sambil menggaru-garu kepala, Abu Zayed berkata, “Mana mungkin. Semua yang ada di bumi ini adalah rezeki Allah!”
Lalu Ibrahim berkata lagi,”Bagus kerana saudara mengetahuinya. Adakah saudara fikir saudara layak memakan rezekinya sedangkan saudara terus melakukan maksiat?”
Abu Zayed diam seketika, kemudian bertanyakan syarat kedua.
“Syarat kedua, saudara tidak boleh tinggal di bumi ini apabila kamu berniat mahu melakukan maksiat!”tegas Ibrahim sambil memandang Abu Zayed.
Tersentak Abu Zayed mendengarnya.Dia berkata ,“Tidak mungkin,kerana seluruh bumi dan isinya adalah milik Allah.”
Ibrahim berkata lagi,”Apakah saudara layak tinggal di bumi apabila terus melakukan maksiat?”
Abu Zayed terdiam dan bertanyakan syarat ketiga.
Ibrahim pun menjawab, “Apabila saudara terus berbuat maksiat, mahu makan rezekinya, tinggal di buminya, carilah tempat yang tidak dapat dilihat olehnya.”
Abu Zayed terkejut, kemudian berkata, “Tidak mungkin, kerana Allah sentiasa melihat walau di mana kita bersembunyi. Adakah kita sanggup melakukan maksiat di depannya?”
“Baguslah saudara tahu semua itu. Lalu, adakah saudara masih berniat mahu melakukan maksiat?”tanya Ibrahim.
Abu Zayed terdiam. Dia menarik nafas panjang kerana ruang bagi melakukan maksiat sememangnya tertutup. Tetapi dia masih belum berpuas hati.
Abu Zayed bertanya lagi, “Jika begitu, baiklah.Apakah syarat keempat?”
“Syarat keempat, apabila malaikat mahu mencabut nyawamu, minta kepadanya supaya menangguhkannya kerana saudara bercadang untuk bertaubat dan beramal soleh,”kata Ibrahim.
Sebaik sahaja mendengar kata-kata Ibrahim, Abu Zayed menepuk dahi sambil berkata, “Tidak mungkin, wahai Ibrahim. Bukankah ajal maut tidak mungkin ditunda walaupun sesaat?”
Dia termenung seketika lalu bertanya, “Apakah syarat kelima pula?”
“Syarat terakhir, apabila Malaikat Zabaniyah menjemputmu untuk di bawa ke neraka pada hari kiamat, saudara jangan ikut kemahuannya!” kata Ibrahim.
Abu Zayed segera menjawab,“Saya tidak mungkin mampu menolaknya.”
“Jika begitu, apakah alasan yang dapat menyelamatkan diri saudara?”
Tanpa disangka, Abu Zayed menangis dan menyesal atas segala perbuatan buruknya. Dia berkata kepada Ibrahim, “Mulai saat ini, saya memohon ampun pada Allah dan bertaubat nasuha. Saya berjanji tidak akan melakukan maksiat lagi. Saya malu kepada Allah.”
Back to top Go down
Muhammad Hudzaifah

Muhammad Hudzaifah


Male jawatan : PAI
Posts : 90
Age : 28
Birthday : 20/03/1996
Reputation : 0
Join date : 27/11/2009
Location : ~putrajaya~

tiada ruang untuk maksiat Empty
PostSubject: Re: tiada ruang untuk maksiat   tiada ruang untuk maksiat EmptyWed Feb 17, 2010 11:36 pm

hmm...macam penah bce artikel nie...
kat mne ye..?? scratch scratch
Back to top Go down
http://tahaplifef2.ning.com
 
tiada ruang untuk maksiat
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Tiada Cinta Tanpa Pengorbanan
» 5 SYARAT BERBUAT MAKSIAT
» solat yang berat untuk dilakukan
» 10 Nasihat untuk orang bercinta
» [KOMIK] Hidup untuk Memberi....

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Life of TAHAP :: Berita Pimpinan :: Tazkirah-
Jump to: