Whoa.. nampaknye ALLAH AZZA WAJALLA masih mngizinkan kita untuk bersama..syukur!! eh..ALHAMDULILLAH…huhu..
Ketika ini saya masih di rumah, setelah selesai solat tadi terus saya bukak laptop demi untuk mendengarkan surah Abasa bacaan imam kegemaran saya iaitu Sheikh Mishary Al- Alafasy..biasanya itulah kebiasaan saya..
Eh! Melalut plak saya nie..ok..hari ini kita akan terus bersama Pakar Motivasi yang masih dalam kesedihan…
.....................................................................................................................................................................
ASSALAMUALAIKUM..
Sebelum pegi lebih jauh wajarlah kita ratibkan setinggi- tinggi kesyukuran buat Maha Pencipta dan Pemegang Cinta..kerana dengan cinta-Nya kita masih dapat menulis dan membaca..
Sebelum ini, kita telah membincangkan tentang hakikat cinta pertama yang sangat hebat. Hari ini saya akan titipkan bberapa kisah yang menerangkan kepada kita tentang kedua-dua jenis cinta pandang pertama:
JENIS 1
Seorang yang alim, penyair Islam yang terkenal dengan nama julukan Al- Ramadi atau nama sebenarnya Yusuf Bin Harun. Pada suatu hari dia berjalan-jalan sepanjang al-‘Atharin di kota Cordoba. Al-‘Atharin adalah tempat yang lebih dikenali tempat berkumpulnya kaum perempuan. Di sana, Yusuf melihat seorang gadis yang telah berhasil mencuri hatinya. Yusuf berasa sangat ingin mengetahuinya. Ia ikutu langkah kaki ke mana saja gadis pujaan itu pergi. Si gadis pegi melewati jambatan, ia menyeberanginya, lalu menghala ke suatu tempat yang terkenal dangan sebutan Rabadh (daerah pinggiran kota).
Tatkala si gadis itu masuk ke sebuah taman milik Dinasti Marwan – terletak di sebuah perkuburan milik keluarga Dinasti Marwan di seberang sungai- ia melihat kea rah Yusuf Bin Harun yang sendirian, jauh dari orang ramai. Ia amati Yusuf sedang memerhatikan dirinya. Si gadis mendekati Yusuf, lalu bertanya padanya,
“Mengapa tuan mengikuti aku?”
Yusuf berterus terang. Ia mengaku amat mencintainya. Mendengarkan jawapan Yusuf, gadis itu terus berkata:
“Jauhkan fikiran itu darimu! Jangan kau pancing kemarahanku! Tidak ada harapan bagimu, dan tidak ada jalan bagimu untuk mendapatkanku”.
“Benar, dengan memandangmu sahaja aku sudah berasa cukup” sahut Yusuf
“kalau Cuma itu silakan saja”.
“wahai gadis pujaanku, kau ini peempuan medeka atau hamba sahaya?”
“Aku hamba sahaya”
“Apa namamu?
“Namaku Khalwah”
“apa?? Khalwah?????
Bersambung….
JENIS 2
“HOI!! Kamu ini penipu!! Kamu sudah berjanji akan menjaga anak buah kamu tetapi nampaknya kamu ini hanya pandai berjanji..penipu!!”. Perit sungguh telinga Zulaikha ketika dimarahi camp komanden pagi itu. Dia sedang mengikuti Kem Bina Diri yang diadakan di Pusat Kokurikulum Jerantut. Nasibnye amat malang dipilih sebagai ketua kumpulan dan pagi itu buat yang kesekian kalinya, dimarahi oleh Yusuf, camp komanden kerana anak buahnya yang melakukan kesalahan. Hatinya membara betul dan rasa benci mula meluap. Dia hanya menunduk. Tidak sanggup memandang muka Yusuf yang amat dibencinya sekarang.
Hari terakhir berada dalam Kem Bina Diri itu amat dinantikan. Pagi ini, perangai yusuf begitu berlainan. Pelik. Dia amat baik kepada semua peserta. Siap bergurau senda lagi. Selepas majlis penutupan, yusuf mendekati zulaikha dan mengajaknya bebicara sebentar.
“Saya faham jika awak amat membenci saya sekarang. Saya menerimanya tetapi saya mahu awak tahu sesuatu. Saya memarahi awak, memalukan awak, bukan dengan niat lain melainkan ingin membina kekuatan dalam diri awak. Kekuatan itu tidak akan datang dengan sendiri. Masalah, rintangan, halangan yang akan membina kekuatan itu dan awak…
Yusuf menghentikan bicaranya. Zulaikha yang dari tadi memandang ke tanah mengangkat mukanya. Mata mereka bertaut seketika. Yusuf tersenyum. Zulaikha kembali menunduk. Terasa sesuatu mengalir dalam dirinya. Rasa yang tidak mungkin digambarkan dengan kata-kata. Sejuk mengalir dari ubun-ubun kepalanya hingga kakinya. Nafasnya berombak sedikit.
“……dapat melaluinya dengan baik. Awak amat berpotensi untuk menjadi pemimpin suatu hari nanti. Dekatkan diri dengan Allah dan jangan sesekali mengingkari perintahnya-Nya. Biar seluruh manusia membenci awak tapi jangan Allah murka dan saya…sentiasa sokong awak..good luck!”
Yusuf berlalu pergi. Zulaikha berasakan langit cerah. Angin yang menyapa terasa membahagiakan. Dia berasakan sungguh gembira. Tidak tahu mengapa tapi yang pasti dia bahagia. Rasa benci dan amarah yang dilontarkan kepada yusuf sebelum ini terbang dibawa angin. Dan angin itu juga yang membawa sesuatu yang terasa membahagiakan, mengasyikkan, dan…..argh..susah sekali untuk mengungkapkannya!
p/s : selepas ini saya akan terangkan ape kaitannya kisah ini dengan tajuk yang kita sedang bincangkan. dan selepas ini akan menyusul..BAGAIMANA INGIN MENGAWAL PERASAAN??-versi ulama"-
nantikan......