Pesanan saya buat anda semua, teruskanlah berjuang di smka tahap dalam misi untuk membentuk biah solehah di sini. Semoga ALLAH SWT sentiasa memberikan kekuatan untuk kalian semua. Berjuanglah walaupun kadangkala terasa lemah mahu mengalah, La Tahzan! InnaLLAHa ma’ana! Janganlah berdukacita kerana ALLAH SWT sentiasa bersama orang-orang yang mahu berjuang di jalanNya.
Mohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan terhadap kalian baik di pihak muslimin dan juga muslimat, saya akui banyak kesalahan dan kekhilafan yang pernah berlaku. Harap agar dimaafkan segalanya. Mohon dihalalkan segalanya.
Doakan saya yang bakal keluar dari jemaah agar sentiasa diberikan kekuatan oleh ALLAH SWT untuk terus tetap dan istiqamah dalam perjuangan medan da’wah ini. Doa daripada orang-orang yang baik seperti kalian saya harapkan. Saya sangat maklum bahawa cabaran di luar jemaah jauh lebih mencabar, dan sangat kuat arus derasnya yang mampu melemaskan orang-orang yang tidak kuat agar dilemaskan dalam ombak keciciran. Na’udzubiLLAhi min dzaalik.
Wahai sahabat-sahabatku,
Teruskanlah bekerja! Teruskanlah bekerja untuk ALLAH! Teruskanlah bekerja untuk ISLAM! Teruskanlah bekerja hingga ke syahid akhirnya!