Life of TAHAP
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Life of TAHAP

Laman rasmi Pimpinan SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut.
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM DIUCAPKAN UNTUK SEMUA PELAJAR SMKA TAHAP KHUSUSNYA KEPADA PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHAP...BERSAMALAH KITA MENYEMARAKKAN BIAH SOLEHAH INSYAALLAH..
KEPADA SELURUH PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHP YANG SUDAH MENCAPAI STATUS PELAJAR TINGKATAN 5 ANDA DIMINTA UNTUK MENDAFTAR TERUS KEPADA LAMAN RASMI BATCH IAITU DI http://batchtahap27.ning.com/
http://lifeinislam.sosblog.com
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
iluvislam
iluvislam
Kalender
May 2024
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
CalendarCalendar
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 22 on Tue Jun 08, 2010 4:28 pm
Latest topics
» Maka AKUlah AKU..dan kamu?
Tudung labuh pon same sahaja EmptyWed Jan 11, 2012 7:12 pm by MOTIVATOR

» KOREAAAA!!!!
Tudung labuh pon same sahaja EmptyFri Sep 30, 2011 11:39 pm by nur

» Reminiscence
Tudung labuh pon same sahaja EmptyTue Aug 09, 2011 5:30 pm by nur

» X-TAHAP 2011...
Tudung labuh pon same sahaja EmptySun May 01, 2011 8:20 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» Life Of Tahap da tak meriah cam dulu...
Tudung labuh pon same sahaja EmptyMon Dec 20, 2010 5:47 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» KENAPA TAHAP TAK seMERIAH dulu?????????
Tudung labuh pon same sahaja EmptyMon Dec 13, 2010 4:05 pm by Guest

» AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PAI 2010
Tudung labuh pon same sahaja EmptySat Oct 30, 2010 12:01 am by fiza

» CINTA MERUBAH SEGALANYA
Tudung labuh pon same sahaja EmptyFri Oct 15, 2010 8:49 am by allisa dania

» Seandainya Malaysia Diserang : Bersediakah Kita?
Tudung labuh pon same sahaja EmptySun Sep 05, 2010 6:13 pm by Aizat

chat

 

 Tudung labuh pon same sahaja

Go down 
+6
bobeen
hafiz hafifi
JANDA
hasan fikri
atashi_ika96
adib alwi
10 posters
AuthorMessage
adib alwi

adib alwi


Male Posts : 69
Age : 30
Birthday : 05/03/1994
Reputation : 0
Join date : 16/11/2009
Location : flamingo village

Tudung labuh pon same sahaja Empty
PostSubject: Tudung labuh pon same sahaja   Tudung labuh pon same sahaja EmptyFri Dec 25, 2009 9:23 pm

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Izinkan diri ini untuk meluahkan kata-kata, Bukan kata-kata kesat, Bukan kata sindirian, Bukan kata kosong.

Perkara ini nampak seperti hal yang remeh, tetapi bagi ana ini merupakan sesuatu yang amat mendalam dan agak menikam kalbu.. Apabila diutarakan mengenai tudung labuh, walaupun bukan tudung bulat pun, apabila tudung itu sudah lebih besar daripada orang lain, pastinya persepsi masyarakat akan turut berubah seiring dengan perubahan tudung tersebut.



Mengapa persoalan ini diutarakan? Apa selalunya yang terlintas dalam diri masing-masing apabila melihat seorang perempuan memakai baju kurung berserta dengan tudung yang lebih labuh daripada perempuan-perempuan yang lain? Pastinya tanggapan pertama ialah; perempuan ini perempuan yang baik, perempuan yang sopan, perempuan yang tahu menjaga adab dirinya.

Namun adakah kita sedar, dalam majoriti kaum wanita yang dikatakan bertudung labuh yang nampaknya sopan itu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka ini yang sebenarnya sedang menconteng arang ke muka wanita-wanita yang lain.

Mengapa ana berkata begini? Tentu saja anda semua pernah dengar perkataan ini, “Alah tak payahlah nak poyo-poyo pakai tudung labuh. Ingat semua orang yang tudung labuh ni baik sangat ke? Kadang-kadang yang tudung labuh ni lagi teruk daripada tudung kecil!” pasti pernahkan? Bagi yang baru pertama kali mendengarnya, pasti hati berasa panas sahaja mendengar perkataan sebegitu yang diluahkan. Namun, itulah hakikat.

Kebanyakkan wanita sekarang ini, maaf untuk menegur, tidak berakhlak seperti yang tertera pada pakaiannya yang labuh. Berdating sana sini, bermesejan lelaki itu ini, berhuha-huha dengan lelaki ajnabi, berkoling-koling, berkapelan islamik kononnya, cakap buang masa, menggedik sana sini(maaf kalau ada yang terasa) dan banyak lagi yang mana akhlak tersebut langsung tidak kena pada imej wanita muslimah yang ditonjolkan.

Apabila orang kata tudung labuh pun sama teruk juga, cepat saja naik darah. Sedangkan siapa yang menyebabkan orang lain berfikiran seperti itu? Apabila timbul masalah seperti ini, pastinya orang lain yang mahu bertudung labuh terbantut niatnya melihatkan akhlak wanita bertudung labuh yang lain ini. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.




Akhirnya timbullah perkataan seperti, “ Aku tak pakai tudung labuh pun, free hair je kot, tapi aku tak adalah macam si polan tudung labuh tu. Harap tudung tu je yang besar, akhlak tak besar pun,”

Ya, memang diakui,yang bertudung labuh juga adalah manusia biasa yang punya keinginan. Tapi bukankah elok jika cara pemakaian kita seiring dengan tudung yang dipakai? Tutup aurat itu merupakan satu kewajipan,menjaga akhlak juga satu kewajipan bagi kita. Mengapa hanya diambil satu perkara sahaja, dan ditinggalkan satu perkara lagi?



igt lah muslimat bukan emas atau permata yg mempercantikan.Tetapi akhlak anda melambangkan kecantikkan dan tidak lupa agama jua
Back to top Go down
atashi_ika96

atashi_ika96


Female Posts : 69
Age : 27
Birthday : 07/06/1996
Reputation : 0
Join date : 26/11/2009
Location : korea..

Tudung labuh pon same sahaja Empty
PostSubject: Re: Tudung labuh pon same sahaja   Tudung labuh pon same sahaja EmptyFri Dec 25, 2009 9:37 pm

hmm..bgos2..wat sndri??
nk cite sket tau,..
aritu ana ade pegi stu karnival ni anjuran prs kt skul ****..
then ana n ade ag akk lepak kat stu tmpt nih..
ade ar segeng mamat ni lalu n sorg dr dorg ckp 'tdug bley wat slimut lar'..
then yg laen gelak2 sakai je..
ikot hati ni ana nk je smackdown ala2 john cena mlot yg xdek insurans tu tw..ngeh3..
tp sabo je la..smpt ar ana pndg slack kat dorg..hehe..
mmg da smpah seranah dlm ati da nih..
x bermoral lgsg dorg toh..huhuhuhuhuhuhhu..
Back to top Go down
adib alwi

adib alwi


Male Posts : 69
Age : 30
Birthday : 05/03/1994
Reputation : 0
Join date : 16/11/2009
Location : flamingo village

Tudung labuh pon same sahaja Empty
PostSubject: Re: Tudung labuh pon same sahaja   Tudung labuh pon same sahaja EmptyFri Dec 25, 2009 10:16 pm

anti nni ana ambik dari iluvislam ana bace pastu ana rase menarik dan ana letak lah kat LOT
Back to top Go down
hasan fikri
Admin
hasan fikri


Male Posts : 121
Age : 31
Birthday : 12/03/1993
Reputation : 0
Join date : 18/11/2009
Location : BuRnToWn

Tudung labuh pon same sahaja Empty
PostSubject: Re: Tudung labuh pon same sahaja   Tudung labuh pon same sahaja EmptyMon Dec 28, 2009 10:18 am

seb bek amek kt liuvislam..
klo tak td...ana nk tnyer sket td...
soklan killer tok pnulis...
huhhu
Back to top Go down
JANDA




Female Posts : 5
Reputation : 0
Join date : 10/01/2010
Location : Pahang

Tudung labuh pon same sahaja Empty
PostSubject: Re: Tudung labuh pon same sahaja   Tudung labuh pon same sahaja EmptyThu Jan 14, 2010 12:13 am

SUBHANALLAH..
ALHAMDULILLAH..
LAAILAHAILLALLAH..
ALLAHUAKBAR.

MENARIK...
SANGAT-SANGAT MENARIK...
ARTIKEL INI SEMEMANGNYA MENARIK...

Saya ada satu kisah, bukan saja-saja ingin tulis untuk publisiti diri,
tapi agar semua, terutama diri saya, juga muslimah yang setia dengan tudung labuhnya sebagai mahkota dapat mengutip secebis peringatan, juga pengajaran...

Pernah dulu, saya menghadiri satu pertandingan di sebuah sekolah.
Berada di sana selama tiga hari dua malam. Dipendekkan cerita, waktu nak balik semula ke TAHAP, waktu tu dah bawa turun barang ke bawah. Saya dan kawan-kawan tunggu di laluan susur gajah, iaitu berdekatan dengan dewan makan dan asrama puteri sekolah terbabit.
Pada masa tu, memang semua peserta dijemput ke dewan makan untuk makan tengah hari sebelum pulang. Disebabkan saya dan kawan-kawan segan tak bertempat, jadi kami pun tak pergilah makan lagi, nak tunggu cikgu dululah kononnya, lagipun terlalu ramai orang ambil makanan, dan kami malas nak beratur, maka menjadilah kami penunggu yang setia.
Susur gajah yang kami jadikan tempat berlindung drpd sinaran UV itu, sememangnya laluan untuk ke dewan makan ataupun aspuri. dua tempat itu sahaja yang berkolaborasi dengan susur gajah itu.
Sedang kami asyik menunggu dan membincangkan strategi untuk mendapatkan makanan dengan pantas dan efisien, tiba-tiba bala pun datang(maaf kalau kasar, tapi nak guna gak ayat ni).

Adalah sorang budak skolah mana ntah, dengan segerombolan kawan-kawan dia yang semuanya lelaki(golongan yang selama ini saya paling tidak suka, kecuali family saya,dan kalau cakap ngan kaum ini pun, saya jarang berdiplomasi, kecuali dengan beberapa orang tertentu sahaja. Dan saya tidak tahu mengapa) mampir ke arah kami dengan sengih dan senyum kambing, datang dekat-dekat dan bertanya.
"Eh, awak... jalan ni nak ke mana, yek.."
Hati saya ketika itu sudah sangat menggelegak, ibarat gunung berapi di Indonesia yang akan memuntahkan lahar pada bila-bila masa sahaja.
Sebabnya, dah susur gajah itu memang dah laluan ke dewan makan dan aspuri sahaja!
dan saya yakin mereka tahu dan pasti itu!
Hanya orang buta je yang tak tahu sebab dah trang tang tang memang boleh nampak.
Lagi mau tanya!
Saya ni pula memang tak suka untuk berkolaborasi dengan lelaki tanpa urusan penting,
maka saya pun rasa, there's no point dia nak tanya benda-benda macam tu. Waktu tu saya rasa geram dan nak marah sangat. And then, dengan selamba dan penuh tidakpenghormatannya, saya berkata padanya:
"Itu jalan, pergi mampos kau!!" Evil or Very Mad
Saya rasa puas. cheers
Dia tergamam. Neutral
Senyum kambing dah tukar jadi masam biawak.

And then,dia blah sambil tinggal last word yang buat saya terkedu.
Bukan terkedu sebab dia lempar panah arjuna.
Tapi sebab di kata..
[b]"Apalah, pakai tudung labuh, tapi mulut macam gampang!!"
Muka saya seolah-olah ditampar!
Angin yang bertiup di sekeliling terasa seperi sedang melaknat saya!
Bahkan ketika itu, sungguh dada saya berdebar, dan nafas terasa tersekat di kerongkongan.

Satu minit...
dua minit...
tiga minit...

Saya pana sekejap.
Saya cuba bertenang.
Ketika itu, bukan amarah yang merangkul jasad dan jiwa saya,
tapi, saya malu amat!!!
Baru saya sedar, betapa perilaku saya telah mengotorkan tudung labuh yang selama ini dengan baiknya melindungi saya.
Bukan kotoran zahir yang mampu saya basuh dengan breeze atau clorox untuk menghilangkannya,
tetapi saya telah menyebabkan seorang insan menghinakannya.

Air mata sudah bergenangan di tubir mata. Sad
Namun saya tidak mahu kawan-kawan sedar.
Saya pun buat-buat gembira.
Mereka memuji-muji tindakan saya 'menyembur' lelaki tersebut.
Namun, saya langsung tiada berasa bangga atau apa.
kerana saya tahu, tindakan saya itu, telah mencemar peribadi saya,
dan telah mendatangkan pelbagai persepsi yang tidak baik pada lelaki tersebut terhadap perempuan bertudung labuh.
Saya rasa berdosa amat.
Dan kejadian itu, tetap terpahat kemas dalam memori saya sehingga kini.
Saya masih ingat baju rasmi yang dipakai oleh pelajar lelaki tersebut.. warna hijau pudar.
Namun, saya tak cam muka dia sebab saya tak pandang dia.
Andai saya punya peluang, saya ingin sekali bertemu dengan dia, untuk meminta maaf, atau paling tidak pun menyampaikan maaf kepadanya melalui sesiapa...
Dan paling penting saya mahu dia tahu...
Perempuan bertudung labuh tidak selayaknya berakhlak seperti saya...
Dan yang bertudung labuh itu, tidak semuanya seperti saya...
Perilaku dan akhlak saya, tidak layak setanding dengan kesucian tudung labuh saya...
Yang telah melindungi kehormatan saya...sebagai makhluk lemah yang diciptakan ALLAH.

Sehingga kini, rasa kesal itu masih ada, walau sudah hampir dua tahun peristiwa itu berlaku.
Dan sekarang saya masih belajar dan mendidik diri untuk lebih menjaga, bukan sekadar menjaga kesucian luaran, tetapi juga kesucian dalaman...
Bukan sekadar melindungi jasad, tetapi melindungi jiwa...
ALLAH masih lagi mengizinkan tudung labuh melindungi saya, walaupun saya telah berpisah teman teman hidup yang sangat saya kasihi, (yang masih lagi menemani kamu) yang telah menjadikan saya janda.

Namun, saya benar-benar pasti akhlak dan peribadi saya, masih belum layak segandingan dengan tudung labuh ini...

Semoga semua mendapat manfaat dari secebis kisah ini.
Bagi yang bertudung labuh (alhamdulillah), jangan pula kerana rasa akhlak masih belum mekar berbunga, lantas dicabut terus tudung labuh dari kepala. Jangan lakukan itu.
Teruskan perjuangan kita...Namun, pada masa yang sama, perbaikilah akhlak kita, mekarkan jiwa kita dengan taqwa dan iman, agar kelak, tudung labuh itu tidak malu untuk mengakui bahawa segala jasad, jiwa, dan hati kita, adalah temannya di dunia, dalam sama-sama mengejar redha ALLAH.

Dan jangan sesekali kita sesedap rasa nak judge orang yang tak pakai tudung labuh itu tak baik dan sebagainya. Jangan judgemental sedang kita sendiri pun tidak pasti.

Yang baik itu dari ALLAH,
dan yang buruk itu juga dari ALLAH, dengan bersandarkan kelemahan saya.

Semoga ALLAH memberkati...






ya, mereka juga mengikuti
Back to top Go down
hasan fikri
Admin
hasan fikri


Male Posts : 121
Age : 31
Birthday : 12/03/1993
Reputation : 0
Join date : 18/11/2009
Location : BuRnToWn

Tudung labuh pon same sahaja Empty
PostSubject: Re: Tudung labuh pon same sahaja   Tudung labuh pon same sahaja EmptySat Jan 16, 2010 10:15 am

JANDA...

SESUNGGUHNYA KAMU DALAM LINDUNGAN ALLAH..
Back to top Go down
hafiz hafifi

hafiz hafifi


Male jawatan : ketua dema baru
Posts : 199
Age : 30
Birthday : 04/03/1994
Reputation : 38
Join date : 16/11/2009
Location : rider world

Tudung labuh pon same sahaja Empty
PostSubject: Re: Tudung labuh pon same sahaja   Tudung labuh pon same sahaja EmptySat Jan 16, 2010 1:24 pm

hmm....

peringatan yang baik untuk semua..tak semua tindakan kena dengan apa yang kita maksudkan..


pape pun...QUDWAH HASANAH tu penting..
kecantikan seorang wanita muslim bukan sahaja terletak pada pakaian malah ia
juga dilihat dari segi aspek akhlak yang indah...

Akhlak+budaya muslimah=kecantikan sejati+sejuk mata memandang+dihormati

*formula bagi seorang muslimin menilai seorang muslimat..
dengan adanya gabungan ketiga-tiga elemen tersebut maka jiwa seorang lelaki
akan tunduk danhormat pada muslimat tersebut..

budaya muslimah(tudung labuh)=sejuk mata memandang

*formula kedua...kita lihat jika hilangnya 'akhlak' maka hilanglah juga rasa hormat....
ini kerana,sifat muslimah terletak hanya pada pakaian bukan pada hati dan jiwa..faham kan?


renung-renungkanlah.....



(psst...lelaki suka lihat perempuan tudung labuh daripada pelajar yang berpakaian biasa)

*tudung labuh=cute
Back to top Go down
bobeen

bobeen


Male Posts : 28
Age : 28
Birthday : 02/12/1995
Reputation : 0
Join date : 22/01/2010
Location : Jerantut

Tudung labuh pon same sahaja Empty
PostSubject: Re: Tudung labuh pon same sahaja   Tudung labuh pon same sahaja EmptyFri Jan 22, 2010 10:55 pm

wakakaka..........
jngan pkei tdong lboh jer dlm tahap.....
nk lyri internet pon kne pkei tdong....
tngok cam ak......
hahaha..............
cun X..............
Back to top Go down
miss starshine

miss starshine


Female Posts : 36
Age : 29
Birthday : 02/09/1994
Reputation : 0
Join date : 23/01/2010
Location : australia

Tudung labuh pon same sahaja Empty
PostSubject: huhu   Tudung labuh pon same sahaja EmptyThu Feb 18, 2010 4:01 pm

nak menangis saye bace..
huhu
(tapi lawak la bhasa die..koling2..hehe)

Cool
Back to top Go down
Muhammad Hudzaifah

Muhammad Hudzaifah


Male jawatan : PAI
Posts : 90
Age : 28
Birthday : 20/03/1996
Reputation : 0
Join date : 27/11/2009
Location : ~putrajaya~

Tudung labuh pon same sahaja Empty
PostSubject: Re: Tudung labuh pon same sahaja   Tudung labuh pon same sahaja EmptyThu Feb 18, 2010 4:09 pm

waa...baek nye bobeen...tapi..
tu gmbar sape ek..??
Back to top Go down
http://tahaplifef2.ning.com
husna_nabila

husna_nabila


Female Posts : 12
Age : 29
Birthday : 27/10/1994
Reputation : 0
Join date : 25/11/2009
Location : di atas bumi Allah

Tudung labuh pon same sahaja Empty
PostSubject: Re: Tudung labuh pon same sahaja   Tudung labuh pon same sahaja EmptyThu Feb 18, 2010 4:13 pm

rasaye JANDA...
sy pon ad kt situ gak....
berlaku waktu di sebuah karnival@ pertandingan bukan??
malah lokasinya juga di sklh agame juga kan??
klu betul ...
mmg sahlah sy ad skali...
Back to top Go down
atashi_ika96

atashi_ika96


Female Posts : 69
Age : 27
Birthday : 07/06/1996
Reputation : 0
Join date : 26/11/2009
Location : korea..

Tudung labuh pon same sahaja Empty
PostSubject: Re: Tudung labuh pon same sahaja   Tudung labuh pon same sahaja EmptyFri Feb 19, 2010 12:28 am

huh..
nk knal la ngn janda ni..
huhuhuhuhu..
Back to top Go down
wardah_balqis

wardah_balqis


Female Posts : 70
Reputation : 3
Join date : 20/11/2009
Location : egypt

Tudung labuh pon same sahaja Empty
PostSubject: Re: Tudung labuh pon same sahaja   Tudung labuh pon same sahaja EmptyFri Feb 19, 2010 11:22 am

whoa!!!!
nice artikel!!!
ye ar nak sgt knl spe JANDA nih??
Back to top Go down
Sponsored content





Tudung labuh pon same sahaja Empty
PostSubject: Re: Tudung labuh pon same sahaja   Tudung labuh pon same sahaja Empty

Back to top Go down
 
Tudung labuh pon same sahaja
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» NiLaI hArGa tUdUnG sEoraNg MuSlImAh..MaHal!!!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Life of TAHAP :: Berita Pimpinan :: Tazkirah-
Jump to: