Life of TAHAP
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Life of TAHAP

Laman rasmi Pimpinan SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut.
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM DIUCAPKAN UNTUK SEMUA PELAJAR SMKA TAHAP KHUSUSNYA KEPADA PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHAP...BERSAMALAH KITA MENYEMARAKKAN BIAH SOLEHAH INSYAALLAH..
KEPADA SELURUH PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHP YANG SUDAH MENCAPAI STATUS PELAJAR TINGKATAN 5 ANDA DIMINTA UNTUK MENDAFTAR TERUS KEPADA LAMAN RASMI BATCH IAITU DI http://batchtahap27.ning.com/
http://lifeinislam.sosblog.com
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
iluvislam
iluvislam
Kalender
May 2024
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
CalendarCalendar
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 22 on Tue Jun 08, 2010 4:28 pm
Latest topics
» Maka AKUlah AKU..dan kamu?
Batasan Aurat Lelaki dan Wanita EmptyWed Jan 11, 2012 7:12 pm by MOTIVATOR

» KOREAAAA!!!!
Batasan Aurat Lelaki dan Wanita EmptyFri Sep 30, 2011 11:39 pm by nur

» Reminiscence
Batasan Aurat Lelaki dan Wanita EmptyTue Aug 09, 2011 5:30 pm by nur

» X-TAHAP 2011...
Batasan Aurat Lelaki dan Wanita EmptySun May 01, 2011 8:20 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» Life Of Tahap da tak meriah cam dulu...
Batasan Aurat Lelaki dan Wanita EmptyMon Dec 20, 2010 5:47 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» KENAPA TAHAP TAK seMERIAH dulu?????????
Batasan Aurat Lelaki dan Wanita EmptyMon Dec 13, 2010 4:05 pm by Guest

» AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PAI 2010
Batasan Aurat Lelaki dan Wanita EmptySat Oct 30, 2010 12:01 am by fiza

» CINTA MERUBAH SEGALANYA
Batasan Aurat Lelaki dan Wanita EmptyFri Oct 15, 2010 8:49 am by allisa dania

» Seandainya Malaysia Diserang : Bersediakah Kita?
Batasan Aurat Lelaki dan Wanita EmptySun Sep 05, 2010 6:13 pm by Aizat

chat

 

 Batasan Aurat Lelaki dan Wanita

Go down 
3 posters
AuthorMessage
adib alwi

adib alwi


Male Posts : 69
Age : 30
Birthday : 05/03/1994
Reputation : 0
Join date : 16/11/2009
Location : flamingo village

Batasan Aurat Lelaki dan Wanita Empty
PostSubject: Batasan Aurat Lelaki dan Wanita   Batasan Aurat Lelaki dan Wanita EmptySun Nov 22, 2009 10:36 pm



Kali ini diriku rasa terpanggil untuk menjelaskan perihal satu masalah yang dipandang biasa oleh kebanyakan remaja. Firasatku mengatakan bahawa semua remaja yang sudah baligh, berakal dan berpendidikan begitu makruf dan memahami situasi ini lebih-lebih lagi jika individu tersebut pernah belajar tentang hukum hakam dalam Islam, pernah mengambil subjek agama Islam dan dan jika beliau memang antara seseorang yang mendalami ilmu Islam.


Yang sedihnya, golongan yang memahami inilah yang telah melakukan perkara tersebut tanpa segan silu dan tak tahu malu dengan membuka aurat di khalayak ramai. Tidak kira remaja lelaki ataupun wanita, semuanya dikira sama jika aurat mereka masih tidak terjaga. Mungkin mereka masih kabur lagi dalam masalah sebegini sehingga permasalahan ini dipandang sebagai perkara biasa. Contohnya, berseluar pendek, berbaju ketat dan sebagainya.

Apa itu aurat?

Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat. Definisi lain ialah sesuatu yang tidak dibenarkan wanita mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi ataupun sebaliknya.

Dalil-dalil berkenaan penjagaan aurat :

Maksud ayat al-Quran,

Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap kali kamu pergi tempat ibadat ( masjid ) dan makan serta minumlah. Dan jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.

(al-A`raaf 7:31)


Rasulullah saw bersabda:

“Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.”

(Hadith Riwayat Aththahawi)


“Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?’ Nabi saw menjawab, “Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu.”

(Hadith Riwayat Bukhari)


“Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.”

(Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah)


Jadi berdasarkan dali-dalil di atas menjadi kewajipan ke atas kita menjaga aurat,Maka hukum di sini jika kita membukanya adalah haram dan ditegah dalam agama. Kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu contohnya untuk perubatan. Orang-orang yang suka mendedah aurat mereka pasti akan di azabkan dengan azab yang pedih di akhirat kelak

Batasan-batasan aurat :

A.Aurat di khalayak awam

1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.

2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.

<!--[endif]-->
B.Aurat dengan ahli keluarga

1. Bagi Lelaki, antara pusat dan lutut
2. Bagi perempuan, antara pusat dan lutut

<!--[endif]-->
C.Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah)

1.Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut
2.Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut
*Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.

<!--[endif]-->
D.Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)

1.Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup.
2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut

Etika menutup aurat

1.Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum. Haram diperlihat dan haram melihatnya

2.Tidak menyerupai dengan kaum yang engkar kepada Allah. Seperti pakaian ahli gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi symbol kepada ahli kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur dan sebagainya.

3. Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh badan merupakan aurat yang perlu dijaga.

4. Pakaian yang tidak bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya penggamit pandangan.

Hukum melihat aurat


Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis, seperti melihat seorang lelaki kepada aurat seorang lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan. Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis seperti seorang lelaki melihat kepada aurat perempuan dan sebaliknya. Apatah lagi melihat kepada artis perempuan masa kini

Dimaafkan jika terlihat sekilas pandangan sahaja, tanpa memakukan pandangan ke tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua

Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia dimakruhkan, samada seorang lelaki ataupun perempuan. Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandangan manusia seperti di dalam bilik secara bersendirian.

Jika terpaksa, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa ada mahram yang menemani. Seperti ahli perubatan perempuan melihat kepada aurat pesakit perempuan dan sebaliknya.

Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, seperti ahli perubatan lelaki dan pesakit perempuan, diwajibkan ada bersama mahram yang menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan perempuan di sana. Ketika ini, haruslah melihat kepada aurat pesakit tersebut.

Akhir sekali.
Telah menjadi kewajipan kita semua untuk menegah segala kemungkaran mengikut kemampuan kita masing-masing. Dan kewajipan ke atas kita juga untuk bersama-sama membendung gejala negatif tersebut dari tersebar lebih meluas tanpa batasannya.

Semoga penulisan kali ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang beriman dan orang-orang yang tahu malu.

Wallahua`alam.

*sedikit sumber maklumat di perolehi dari jawapan panel kemusykilan agama, JAKIM yang menceritakan perihal aurat berdasarkan pandanagan mazhab Syafie.

[/b]
Back to top Go down
hasan fikri
Admin
hasan fikri


Male Posts : 121
Age : 31
Birthday : 12/03/1993
Reputation : 0
Join date : 18/11/2009
Location : BuRnToWn

Batasan Aurat Lelaki dan Wanita Empty
PostSubject: hmm, bgos2   Batasan Aurat Lelaki dan Wanita EmptyMon Nov 23, 2009 12:57 am

harap sume dpt amek iktibar, amalkan n smpaikan...
Back to top Go down
Guest
Guest




Batasan Aurat Lelaki dan Wanita Empty
PostSubject: Re: Batasan Aurat Lelaki dan Wanita   Batasan Aurat Lelaki dan Wanita EmptyMon Nov 23, 2009 8:05 am

aurat

Pendedahanmu adakah satu kenikmatan?
Atau mendedah diri ke arah kejahilan?
Liritan mata memandang adakah itu satu tujuan?
apakah yang empunya jasad mahu menjadi tuntutan?
Atau sekadar menunujuk potongan badan?

Putih kulitmu satu penghargaan
Yang sawa matang turut perasan
Cantik wajahmu itulah kebanggaan
Sanggup kau gadaikan melalui fesyen pakaian,

yang ketat menampakkan medan-medan seni yang memberahikan,
Yang belah menampakkan celah-celah keenakan,
Mahkota rambut menjadi hiasan
Biru merah di wajah saduran

Awas......
Apabila jejaka mencecah keinginan
kelibat jantan mula berkeliaran
seluar panjang sudah dipendekkan
Mula terpancar keinginan mengawan
Mata terbeliak bagai kucing merenung ikan

Awaslah........
Wahai si manis sepanjang zaman,
dari ditelan serigala kelaparan
Tutuplah aurat demi keselamatan
Itulah Syariat suruhan Tuhan
Lambang Identiti Muslimah berwawasan.....
Back to top Go down
Aizat

Aizat


Male Posts : 154
Age : 27
Birthday : 27/05/1996
Reputation : 0
Join date : 20/11/2009
Location : jerantut

Batasan Aurat Lelaki dan Wanita Empty
PostSubject: aorat   Batasan Aurat Lelaki dan Wanita EmptyMon Nov 23, 2009 12:45 pm

ana nk tnye adib alwi ni form bpe ek...leh gi tau Question
Back to top Go down
adib alwi

adib alwi


Male Posts : 69
Age : 30
Birthday : 05/03/1994
Reputation : 0
Join date : 16/11/2009
Location : flamingo village

Batasan Aurat Lelaki dan Wanita Empty
PostSubject: Re: Batasan Aurat Lelaki dan Wanita   Batasan Aurat Lelaki dan Wanita EmptyMon Nov 23, 2009 3:08 pm

ana form 3 kenape anta ni siapa
Back to top Go down
Guest
Guest




Batasan Aurat Lelaki dan Wanita Empty
PostSubject: Re: Batasan Aurat Lelaki dan Wanita   Batasan Aurat Lelaki dan Wanita EmptyMon Nov 23, 2009 3:36 pm

hei.....cni bkn tempat untok berchatting la.......
anta la mcg kew....
pe kew...... Twisted Evil
Back to top Go down
adib alwi

adib alwi


Male Posts : 69
Age : 30
Birthday : 05/03/1994
Reputation : 0
Join date : 16/11/2009
Location : flamingo village

Batasan Aurat Lelaki dan Wanita Empty
PostSubject: Re: Batasan Aurat Lelaki dan Wanita   Batasan Aurat Lelaki dan Wanita EmptyMon Nov 23, 2009 3:38 pm

sori2 salah tempat chatting
Laughing
Back to top Go down
Aizat

Aizat


Male Posts : 154
Age : 27
Birthday : 27/05/1996
Reputation : 0
Join date : 20/11/2009
Location : jerantut

Batasan Aurat Lelaki dan Wanita Empty
PostSubject: !!!   Batasan Aurat Lelaki dan Wanita EmptyMon Nov 23, 2009 9:49 pm

ni adib alwi yg slalu msuk blk b2 2 ker?? rabbit
Back to top Go down
Guest
Guest




Batasan Aurat Lelaki dan Wanita Empty
PostSubject: Re: Batasan Aurat Lelaki dan Wanita   Batasan Aurat Lelaki dan Wanita EmptyMon Nov 23, 2009 10:07 pm

hisssss........
xreti base ker....nie bkn tmpt chat...... What a Face
Back to top Go down
Aizat

Aizat


Male Posts : 154
Age : 27
Birthday : 27/05/1996
Reputation : 0
Join date : 20/11/2009
Location : jerantut

Batasan Aurat Lelaki dan Wanita Empty
PostSubject: hh   Batasan Aurat Lelaki dan Wanita EmptyTue Nov 24, 2009 11:35 am

hua3..ksi die bngng.. Twisted Evil
Back to top Go down
hasan fikri
Admin
hasan fikri


Male Posts : 121
Age : 31
Birthday : 12/03/1993
Reputation : 0
Join date : 18/11/2009
Location : BuRnToWn

Batasan Aurat Lelaki dan Wanita Empty
PostSubject: laar..   Batasan Aurat Lelaki dan Wanita EmptyTue Nov 24, 2009 12:51 pm

lorh..
yg bobroy sebok pehal..
bio la dyorang...
mnjalinkan silaturrahim..
Back to top Go down
Guest
Guest




Batasan Aurat Lelaki dan Wanita Empty
PostSubject: Re: Batasan Aurat Lelaki dan Wanita   Batasan Aurat Lelaki dan Wanita EmptyTue Nov 24, 2009 1:17 pm

la.......
ko nie [pe hal ha......
xpueh ati cakap la........................ Razz
Back to top Go down
Sponsored content





Batasan Aurat Lelaki dan Wanita Empty
PostSubject: Re: Batasan Aurat Lelaki dan Wanita   Batasan Aurat Lelaki dan Wanita Empty

Back to top Go down
 
Batasan Aurat Lelaki dan Wanita
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» pengakuan lelaki terhadap wanita
» Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari
» menutup aurat secara fizik
» LeLaKi IdAmAn...
» Lelaki Memakai Inai.......

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Life of TAHAP :: Berita Pimpinan :: Tazkirah-
Jump to: