FAHAMILAH WAHAI SAHABATKU AKHOWAT……..
Anti semua serikandi Islam, serikandi TAHAP..ana amat mengharapkan antunna sendiri menjadi sayap kiri muslimin dan kita sama-sama kembalikan apa yang TAHAP pernah capai dahulu..BIAH SOLEHAH!!
Ana tak akan bagi warkah ini kalau ana rasa anti tak layak..Allah sendiri tak akan menguji dengan ujian yang tidak akan tertanggung oleh hamba-Nya..anti ibarat mawar berduri yang tumbuh di taman larangan di mata ana (pergh!!jiwang siot!)
Kerja mengajak orang mengenal Allah, mengajak pada kebaikan ini memang berat..Ya, sememangnya kita tak layak nak buat kerja nubuwwah ini, tapi mahukah kita tetipu dengan alasan ini? Sedangkan Allah terang-terang mengiktiraf ummat ini dalam ayat 110 surah Al-Imran, siapakah kita yang mahu menentang kata-kata Zat Yang Maha Kuasa? Lu pk r sndri..!!
Tawadhu’ memang sifat terpuji. Perasaan tak mampu dan tak layak memang perlu ada dalam diri kita tapi apabila perasaan ini terlalu menguasai diri, itu bukan tawadhu’ lagi namanya sebaliknya merupakan alasan ciptaan syaitan supaya meninggalkan kerja mulia ini.
Kelemahan untuk diperbaiki sebaik-baiknya bukan untuk dikesali semata-mata. Siapa yang tiada kelemahan di dunia ini? Mustahil manusia itu maksum. Itu sifat khas untuk Rasul. Anti mesti ingat tugas kita adalah untuk melalui suasana tarbiah dan berusaha mengajak orang lain turut melalui suasana didikan itu. Dalam mengajak manusia, jangan terlalu runsing soal natijah kerana natijah itu urusan Allah. Allah akan bertanyakan apa yang kita dah buat. Yang paling dipandang-Nya ialah keikhlasan dalam beramal dan ikut sunnah.
Monolog Hati DC
“Dalam berdakwah, musahabah diri itu penting kan? DC perlu kritik kelemahan diri tapi tak boleh sampai menjatuhkan dan melemahkan semangat DC sendiri. Allah ciptakan kelemahan DC untuk diperbaiki bukan diratapi. Allah juga Maha Adil kerana turut mengiringi itu dengan pelbagai kelebihan diri. DC patut pandang kelemahan itu secara positif. Kelemahan itu tak boleh dilayan sangat sehingga hampir mengeluarkan DC daripada memilih jalan dakwah dan tarbiah ini.
DC sedar, DC kena lalui suasana tarbiah dan kena teruskan juga kerja nabi itu, itu kewajipan DC. Semua yang berlaku mesti dianggap tarbiah daripada Allah.”
Akhowat yang dihormati..
Semoga dengan hidayah Allah, anti semua dapat betulkan salah faham yang melanda diri masing-masing..tujuan ana menyiapkan ini semua tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyedarkan anti semua betapa pentingnya anti menerima jawatan ketua pelajar itu dengan hati yang terbuka dan penuh keikhlasan..moga anti semua dapat bersama-sama dengan muslimin dan kita kembalikan Biah yang pernah terbina di TAHAP dulu…
Takbir!!!
Aku si Musollif