Life of TAHAP
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Life of TAHAP

Laman rasmi Pimpinan SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut.
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM DIUCAPKAN UNTUK SEMUA PELAJAR SMKA TAHAP KHUSUSNYA KEPADA PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHAP...BERSAMALAH KITA MENYEMARAKKAN BIAH SOLEHAH INSYAALLAH..
KEPADA SELURUH PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHP YANG SUDAH MENCAPAI STATUS PELAJAR TINGKATAN 5 ANDA DIMINTA UNTUK MENDAFTAR TERUS KEPADA LAMAN RASMI BATCH IAITU DI http://batchtahap27.ning.com/
http://lifeinislam.sosblog.com
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
iluvislam
iluvislam
Kalender
April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     
CalendarCalendar
Search
 
Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 22 on Tue Jun 08, 2010 4:28 pm
Latest topics
» Maka AKUlah AKU..dan kamu?
SIFAT-SIFAT PENDAKWAH EmptyWed Jan 11, 2012 7:12 pm by MOTIVATOR

» KOREAAAA!!!!
SIFAT-SIFAT PENDAKWAH EmptyFri Sep 30, 2011 11:39 pm by nur

» Reminiscence
SIFAT-SIFAT PENDAKWAH EmptyTue Aug 09, 2011 5:30 pm by nur

» X-TAHAP 2011...
SIFAT-SIFAT PENDAKWAH EmptySun May 01, 2011 8:20 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» Life Of Tahap da tak meriah cam dulu...
SIFAT-SIFAT PENDAKWAH EmptyMon Dec 20, 2010 5:47 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» KENAPA TAHAP TAK seMERIAH dulu?????????
SIFAT-SIFAT PENDAKWAH EmptyMon Dec 13, 2010 4:05 pm by Guest

» AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PAI 2010
SIFAT-SIFAT PENDAKWAH EmptySat Oct 30, 2010 12:01 am by fiza

» CINTA MERUBAH SEGALANYA
SIFAT-SIFAT PENDAKWAH EmptyFri Oct 15, 2010 8:49 am by allisa dania

» Seandainya Malaysia Diserang : Bersediakah Kita?
SIFAT-SIFAT PENDAKWAH EmptySun Sep 05, 2010 6:13 pm by Aizat

chat

 SIFAT-SIFAT PENDAKWAH

Go down 
4 posters
AuthorMessage
MOTIVATOR
Admin
MOTIVATOR

Male Posts : 30
Reputation : 0
Join date : 17/10/2009
Location : ADMINISTRATORS

SIFAT-SIFAT PENDAKWAH Empty
PostSubject: SIFAT-SIFAT PENDAKWAH   SIFAT-SIFAT PENDAKWAH EmptyWed Nov 18, 2009 5:37 pm

Sifat-sifat Pendakwah
www.iluvislam.com
editor : almusafirq8

Dakwah Islamiah pada mulanya adalah merupakan tugas para Rasul yang kemudiannya dilaksanakan oleh Alim Ulama'. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa kebahagiaan setiap umat sedikit sebanyak bergantung pada Alim Ulama'. Apabila mereka baik, maka baiklah manusia dan apabila mereka rosak nescaya rosaklah manusia. Ini bererti tanggungjawab Alim Ulama' amatlah besar, dan tugas mereka itu amatlah berat, lebih-lebih lagi kalau mereka menjadikan dakwah (tabligh) sebagai tugas khusus mereka. Pendakwah mesti ada mempunyai sifat-sifat di antara lain seperti berikut :

1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis.

2. Beramal dengan ilmunya.

3. Tahan marah (berlapang dada)

4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.

5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang.

6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit.

7. Kuat, sihat dan fasih lidah.

8. Mengetahui perkara-perkara di bawah ini :
(a) Hal ehwal orang yang akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima dakwah, persekitaran dan sosialnya.

(b) ilmu sejarah umum.

(C) Ilmu Psikologi.

(d) Ilmu Geografi.

(e) Ilmu Akhlak

(f) Mazhab-mazhab, aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah.

(g) Bahasa orang yang menerima dakwah.

(h) Ilmu kemasyarakatan (sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia dan segala yang berkaitan dengannya.

9. Amat mempercayai kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan pengorbanan yang besar.

10.Tawadu' (merendah diri) dan menjauhkan diri daripada perkara
yang aib.

11.Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain.

12. Bersifat wakar dan tenang.

13.Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuashati dengan perkara-perkara besar yang belum sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti.

14. Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah.

15. Bersikap Taqwa dan Amanah.

BERSIFAT WAKAR DAN AMANAH

Sifat wakar ada pada ;

(a) Orang yang tidak bercakap sesuatu yang sia-sia, sekiranya perlu bercakap dia akan hanya bercakap sekadar yang perlu sahaja.

(b) Orang yang menggunakan gerak-geri bagi menyatakan sesuatu maksud.

(c) Orang yang sedia mendengar segala pertanyaan dan berhati-hati ketika menjawab.

(d) Orang yang tidak gopoh dalam segala perkara.

Di samping itu sifat wakar ini juga dapat menggambarkan ciri-ciri ;

(a) Memelihara diri daripada senda-gurau yang tidak sopan.

(b) Tidak bergaul dengan orang yang suka bergurau dan menghindari majlis mereka.

(c) Menahan lidah daripada menyebut perkataan yang buruk.

(d) Tidak menunjuk-nunjuk diri tanpa sebab yang munasabah seperti duduk di jalan atau di pasar.

Sifat-sifat yang ditonjolkan begini menarik minat orang ramai kerana keperibadian dan akhlak serta kemuliaannya
Back to top Go down
Guest
Guest

SIFAT-SIFAT PENDAKWAH Empty
PostSubject: Re: SIFAT-SIFAT PENDAKWAH   SIFAT-SIFAT PENDAKWAH EmptySun Nov 22, 2009 9:28 pm

lol! Seseorang pendakwah, sebelum melangkahkan kakinya ke medan dakwah, terlebih dahulu hendaklah melengkapkan dirinya dengan sifat-sifat pendakwah muslim dam
memahami jalan sebenar yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. Tanpa kefahaman yang jelas, maka pendakwah itu akan menghadapi kesukaran yang sepatutnya boleh
dielakkan.

Sifat-sifat pendakwah muslim yang perlu ada antaranya iaitu budi pekerti mulia, lurus perilakunya, sifat kepimpinan yang sihat, tekun dan penuh keazaman, berperasaan kesihan belas dan tegas, benar dan amanah, kecerdikan, beramal solih yang berkekalan, kesedaran, berupaya memberi penerangan, berupaya menyelesaikan masalah masyarakat serta dapat memhamami jiwa individu dan masyarakat. Disamping itu dapat memahami perasaan orang ramai dan mendapat kasih sayang, penghargaan dan penghormatan dari masyarakat terutama sekali dalam jurusan agama.

Oleh itu kita sepatutnya meneliti metod dakwah yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w., diantaranya apa yang disebut dalam surah Yusof ayat 108, maksudnya : "Katakan olehmu (wahai Muhammad), inilah jalanku, yang aku dan mereka yang mengikutku menyeru ke jalan Allah dengan basirah dan Maha Suci Allah, dan tidaklah aku tergolong dari golongan musyirikin." "Basirah" menurut Dr. muhammad Fathullah badran membawa erti : "Ilmu yang luas, hujjah-hujjah yang kuat, pengetahuan hati, kesedaran, kefahaman yang dalam, memelihara hal keadaan orang yang didakwahkan dan menggunakan kata-kata yang jelas." Dan "salbi"
(inilah jalanku) itu tidak lain melainkan jalan yang satu iaitu Islam yang padanya diberi panduan iaitu Al Quran dan al Hadis Rasulullah s.a.w. Ini dijelaskan oleh Allah sendiri dalam firmanNya surah al-An'am ayat 153 yang bermaksud : "Dan bahawa inilah jalanku yang lurus maka hendaklah kamu sekelian mengikutinya dan
janganlah engkau ikut jalan yang berbagai-bagai kelak ia memecah-belahkan kamu sekelian dari jalanNya.

Itulah pesanan kepada kamu sekalian, mudah-mudahan
kamu bertaqwa." walaupun nampak sukar, tetapi itulah
asas yang digariskan oleh baginda dalam penyebarab
dakwah yang diikuti oleh para sahabat dan generasi
kemudian. Maka sewajarnyalah ia menjadi azimat buat
para daie terkemudian bagi meneruskan kerja-kerja
mulia itu. farao
Back to top Go down
Guest
Guest

SIFAT-SIFAT PENDAKWAH Empty
PostSubject: Re: SIFAT-SIFAT PENDAKWAH   SIFAT-SIFAT PENDAKWAH EmptySun Nov 22, 2009 9:31 pm

hasan fikri
Admin
hasan fikri

Male Posts : 121
Age : 31
Birthday : 12/03/1993
Reputation : 0
Join date : 18/11/2009
Location : BuRnToWn

SIFAT-SIFAT PENDAKWAH Empty
PostSubject: huh   SIFAT-SIFAT PENDAKWAH EmptyMon Nov 23, 2009 1:00 am

bgos tol komen bobroy nie...
bkn maen dye....
Rolling Eyes
Back to top Go down
Guest
Guest

SIFAT-SIFAT PENDAKWAH Empty
PostSubject: Re: SIFAT-SIFAT PENDAKWAH   SIFAT-SIFAT PENDAKWAH EmptyMon Nov 23, 2009 8:16 am

janagn la puji ak lbih2......
ley rak jdi pengerusi PAI taun depan....
hahahaha.....
Back to top Go down
Aizat

Aizat

Male Posts : 154
Age : 27
Birthday : 27/05/1996
Reputation : 0
Join date : 20/11/2009
Location : jerantut

SIFAT-SIFAT PENDAKWAH Empty
PostSubject: no...   SIFAT-SIFAT PENDAKWAH EmptyTue Nov 24, 2009 11:28 am

erm....no komen No
Back to top Go down
SyaabanZ

SyaabanZ

Male jawatan : ڤوستكاون
Posts : 68
Age : 31
Birthday : 24/01/1993
Reputation : 0
Join date : 21/11/2009
Location : منتاكب ڤاحڠ

SIFAT-SIFAT PENDAKWAH Empty
PostSubject: Re: SIFAT-SIFAT PENDAKWAH   SIFAT-SIFAT PENDAKWAH EmptyTue Nov 24, 2009 2:42 pm

Last edited by SyaabanZ on Sun Oct 17, 2021 11:49 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
http://zainulmuhammad.blogspot.com/
Guest
Guest

SIFAT-SIFAT PENDAKWAH Empty
PostSubject: Re: SIFAT-SIFAT PENDAKWAH   SIFAT-SIFAT PENDAKWAH EmptyTue Nov 24, 2009 7:29 pm

eh zainol si kedekot......
ko tlih sndiri ek.....
ke ko men ptik jer mne2 artikal.....????
Back to top Go down
hasan fikri
Admin
hasan fikri

Male Posts : 121
Age : 31
Birthday : 12/03/1993
Reputation : 0
Join date : 18/11/2009
Location : BuRnToWn

SIFAT-SIFAT PENDAKWAH Empty
PostSubject: huh!!   SIFAT-SIFAT PENDAKWAH EmptyTue Nov 24, 2009 8:13 pm

nk je aku reject si bobroy nie...
huh!!
dye bkn cm ko r!!!
Back to top Go down
Guest
Guest

SIFAT-SIFAT PENDAKWAH Empty
PostSubject: Re: SIFAT-SIFAT PENDAKWAH   SIFAT-SIFAT PENDAKWAH EmptyTue Nov 24, 2009 8:45 pm

la.....mmg tol pon die kedekot......
ak pon tlih sendiri la.....bangkai(logat hasan)
hahahahahaha....
Back to top Go down
SyaabanZ

SyaabanZ

Male jawatan : ڤوستكاون
Posts : 68
Age : 31
Birthday : 24/01/1993
Reputation : 0
Join date : 21/11/2009
Location : منتاكب ڤاحڠ

SIFAT-SIFAT PENDAKWAH Empty
PostSubject: Re: SIFAT-SIFAT PENDAKWAH   SIFAT-SIFAT PENDAKWAH EmptyThu Nov 26, 2009 11:13 pm

Last edited by SyaabanZ on Sun Oct 17, 2021 11:49 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
http://zainulmuhammad.blogspot.com/
Guest
Guest

SIFAT-SIFAT PENDAKWAH Empty
PostSubject: Re: SIFAT-SIFAT PENDAKWAH   SIFAT-SIFAT PENDAKWAH EmptyMon Nov 30, 2009 3:54 am

kot ko la....
Back to top Go down
Sponsored content

SIFAT-SIFAT PENDAKWAH Empty
PostSubject: Re: SIFAT-SIFAT PENDAKWAH   SIFAT-SIFAT PENDAKWAH Empty

Back to top Go down
 
SIFAT-SIFAT PENDAKWAH
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» 6 sifat sahabat:siri 1
» 6 sifat sahabat:siri 2
» SIFAT ROMANTIK RASULULLAH S.A.W
» SIFAT ROMANTIK RASULULLAH S.A.W
» Camne nak atasi sifat MARAH?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Life of TAHAP :: Berita Pimpinan :: Tazkirah-
Jump to: