Life of TAHAP
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Life of TAHAP

Laman rasmi Pimpinan SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut.
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM DIUCAPKAN UNTUK SEMUA PELAJAR SMKA TAHAP KHUSUSNYA KEPADA PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHAP...BERSAMALAH KITA MENYEMARAKKAN BIAH SOLEHAH INSYAALLAH..
KEPADA SELURUH PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHP YANG SUDAH MENCAPAI STATUS PELAJAR TINGKATAN 5 ANDA DIMINTA UNTUK MENDAFTAR TERUS KEPADA LAMAN RASMI BATCH IAITU DI http://batchtahap27.ning.com/
http://lifeinislam.sosblog.com
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
iluvislam
iluvislam
Kalender
April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     
CalendarCalendar
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 22 on Tue Jun 08, 2010 4:28 pm
Latest topics
» Maka AKUlah AKU..dan kamu?
Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 8(Asal usul kerajaan islam nusantara) EmptyWed Jan 11, 2012 7:12 pm by MOTIVATOR

» KOREAAAA!!!!
Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 8(Asal usul kerajaan islam nusantara) EmptyFri Sep 30, 2011 11:39 pm by nur

» Reminiscence
Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 8(Asal usul kerajaan islam nusantara) EmptyTue Aug 09, 2011 5:30 pm by nur

» X-TAHAP 2011...
Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 8(Asal usul kerajaan islam nusantara) EmptySun May 01, 2011 8:20 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» Life Of Tahap da tak meriah cam dulu...
Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 8(Asal usul kerajaan islam nusantara) EmptyMon Dec 20, 2010 5:47 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» KENAPA TAHAP TAK seMERIAH dulu?????????
Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 8(Asal usul kerajaan islam nusantara) EmptyMon Dec 13, 2010 4:05 pm by Guest

» AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PAI 2010
Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 8(Asal usul kerajaan islam nusantara) EmptySat Oct 30, 2010 12:01 am by fiza

» CINTA MERUBAH SEGALANYA
Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 8(Asal usul kerajaan islam nusantara) EmptyFri Oct 15, 2010 8:49 am by allisa dania

» Seandainya Malaysia Diserang : Bersediakah Kita?
Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 8(Asal usul kerajaan islam nusantara) EmptySun Sep 05, 2010 6:13 pm by Aizat

chat

 

 Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 8(Asal usul kerajaan islam nusantara)

Go down 
AuthorMessage
hafiz hafifi

hafiz hafifi


Male jawatan : ketua dema baru
Posts : 199
Age : 30
Birthday : 04/03/1994
Reputation : 38
Join date : 16/11/2009
Location : rider world

Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 8(Asal usul kerajaan islam nusantara) Empty
PostSubject: Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 8(Asal usul kerajaan islam nusantara)   Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 8(Asal usul kerajaan islam nusantara) EmptyTue Jun 08, 2010 2:50 pm

Sejarah realiti pembukaan Negeri Pattani ialah sebenarnya dibuka oleh Puteri Sultan Kedah Syburi Benua Siam Kedah Sultan Syeikh Ali @ Tabim Sheik Ali pada tahun 1546M. Puteri Syburi tersebut digelar dengan nama Nang Che Yam. Sila rujuk buku sejarah DGE Hall (History of South East Asia). Dalam hikayat Pattani menyebut namanya sebagai Ratu Hijau. Dalam penulisan Thailand ayahnya digelar Tabim Shwehti. Sultan Syburi Kaifa Tabim Syeikh Ali dengan bantuan tentera upahan Portugis telah meluaskan empayar Kedah Merong Maha Wangsa dari Martaban ke Pegu iaitu dari utara Mynmar hingga ke selatan Mynmar. Nang Che Yam merupakan anak saudara Zahiruddin Bahadur Shah. Nang Che Yam telah dihantar ke wilayah baru untuk menjadi Ratu Pattani, beliau memerintah di sana dan bapa saudaranya telah menghantar anak saudaranya seorang putera Raja Jammu Kashmir India, yang bernama Raja Ismail untuk dikahwinkan dengan Nang Che Yam. Wilayah Pattani telah menjadi maju selepas ada pemerintah di sini.


Jammu Pattani perkataan bahasa siam bermaksud seperti berikut Jammu maknanya beg tangan dan Pattani bermakna kain corak ini. Perkara tersebut berhubung dengan perkahwinan Ratu Nang Che Yam dengan putera Raja Jammu Kashmir India yang bernama Raja Ismail Jammu Pattani @ Thunag Pa bahasa siamnya bermaksud Raja Ismail bawa kain dengan tunda kapal kain yang berat.



Raja Kedah Syburi Kaifa Tabim Sheikh Ali ibni Almarhum Sultan Rijaluddin Muhammad Syah (Rama Tibodi II) telah melantik menantunya Raja Ismail menjadi Raja Pattani. Maka Raja Ismail dan Isterinya Nang Che Yam telah membina kota di Chabang Tiga negeri Pattani.

Di bawah ini ialah salasilah Ratu Hijau (Nang Che Yam)
Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 8(Asal usul kerajaan islam nusantara) Salasilahratuhijau1


Sultan Sheikh Ali dan puterinya Ratu Hijau Nang Che Yam pernah melawat adindanya Raja Siam Ayuthia ke-15 yang bernama Raja Yaakub Jalil Syah Raja Langkasuka Kedah di Pulau Langkawi. Kesan sejarah peristiwa tersebut digelar Teluk Ewa, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman Malaysia. Sultan Sheikh digelar Ewa kerana baginda Sultan ialah Putera Sulong Sultan Rijaluddin Muhammad Syah (Rama Tibodi II) tahun 1491M.



Semasa peristiwa kemangkatan Sultan Mahmud Akhirul Zaman yang bergelar Sri Sutammaraja pada tahun 1668 di Istana Syah Alam Selangor dan di makamkan di Kota Beruas, pihak musuh tentera Belanda telah menyerang masuk Istana Syah Alam dan Istana Jugra milik Sultan Muhiyuddin Mansor Syah di Selangor. Nang Kemuning permaisuri kerajaan Kedah kepada Almarhum Sultan Mahmud Akhirul Zaman terpaksa berundur ke Bukit Kemuning, Mukim Perang Besar @ Putrajaya, Malaysia pada tahun 1668M. Selepas peristiwa itu beliau terpaksa kembali ke negeri Pattani bersama puteri-puterinya. Permaisuri Kedah berkenaan terpaksa meninggalkan Istana Chabang Tiga, Jammu Pattani oleh kerana Kekandanya Raja Madzafar Syah bersemayam di istana tersebut, jadi beliau terpaksa pula membina istana baru di daerah Kota Bharu Kelantan, beliau bersemayam dan memerintah dari situ dan digelar sebagai Ratu Jembal yang bermaksud Raja berpisah dari kampungnya. Makam Nang Kemuning seorang Permaisuri Kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa yang mana suaminya bernama Sultan Mahmud Akhirul Zaman berada di kampung Panji, Kota Bharu, Kelantan.


Kerajaan Pattani telah diambil alih oleh Ratu Biru setelah kemangkatan Ratu Hijau. Ratu Biru merupakan adinda kepada Ratu Hijau. Di dalam hikayat Pattani, Ratu Biru dikatakan telah membuat meriam-meriam yang besar daripada tembaga kuning, kerana baginya meriam-meriam yang dijual oleh orang Eropah tidak sesuai dengan keadaan tempatnya. Dalam masa pemerintahannya rakyat jelata tidak dibenarkan memiliki tembaga dan seluruh rakyat jelata yang ada menyimpan tembaga kuning hendaklah dibawa kepada baginda. Serta ditegah sekelian mengirim atau menjual tembaga kuning selama 3 bulan. Barang siapa melanggar perintah ini akan dijatuhkan hukuman bunuh. Setelah beberapa lama maka terkumpul banyaklah tembaga kuning dan dibuat meriam besar yang menjadi sejarah dalam kerajaan Islam Pattani.
------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------
Dalam hikayat Pattani juga menceritakan setelah beberapa bulan, Ratu Biru telah berjaya membuat 3 pucuk meriam yang terlalu besar. Dua pucuk yang lebih besar sekali pancangnya 3 depa 1 hasta sejengkal 2 jadi setengah, pelurunya besar sebelas jari bulatan dan yang kecil sekali panjangnya 5 hasta sejengkal 9 jari, pelurunya besar tiga jari bulatan. Dua pucuk meriam yang besar digelar oleh Ratu Biru sebagai meriam Seri Negara dan meriam Seri Pattani dan yang kecil pula digelar meriam Mahalela. Ketiga-tiga pucuk meriam raksaksa itu diletak diatas sebuah roda pedati serta dijadikan alat senjata peperangan yang utama dalam kerajaan Pattani pada masa itu. Setelah kemangkatan Ratu Biru, beliau digantikan oleh Ratu Ungu. Ratu Ungu juga merupakan adinda kepada Ratu Hijau. Selepas kemangkatan Ratu Ungu, beliau digantikan oleh Ratu Kuning. Ratu Kuning dikatakan seorang pemerintah yang gemar bercucuk tanam dan berniaga. Seorang pengembara Inggeris bernama Hamilton telah sempat melihat negeri Pattani pada masa itu dan beliau berkata, "Negeri Pattani pada masa itu mempunyai 43 jajahan takluk termasuk juga negeri Terengganu dan Kelantan".




Ratu Kuning tidak mempunyai ramai zuriat lelaki maka Sultan Kedah Syarif Abu Bakar yang berpusat di Nambang atau Air Teluk di Ligor telah mengambil alih semua wilayah pantai timur dan menyerahkan kepada keturunan Raja Nik Muhammadiah mentadbir Pattani dengan nama baru Negeri Legeh pada tahun 1778M di bawah pemerintahan Long Putra anak saudara Sultan Syarif Abu Bakar
-----------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------
Selepas kemangkatan Ratu Kuning dikatakan beliau tidak mempunyai waris yang layak maka dengan itu negeri Pattani telah diambil semula oleh kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa. Setelah kemangkatan baginda maka habislah raja daerah Pattani yang berketurunan dari Merong Maha Wangsa iaitu raja awal yang membuka negeri Pattani. Maka Raja Bakar (Sultan Syarif Abu Bakar Syah) telah mengambil semula kerajaan Pattani dan diserahkan pemerintahan Pattani kepada keturunan Nik iaitu Raja Long Putra yang mana digelar sebagai Datuk Seri Raja Putra, Raja Legeh pada tahun 1199H bersamaan dengan tahun 1778M, rujuk ms 43 Undang Undang Kedah. Maka lenyaplah kerajaan Pattani yang digantikan dengan negeri baru yang bernama LEGEH yang mana diperintah oleh Raja-raja Jembal yang berpusat di Ayer Lanas, Jeli, Kelantan.
Back to top Go down
 
Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 8(Asal usul kerajaan islam nusantara)
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 7(Kerajaan ISLAM ditanah melayu jatuh?)
» Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 9(islam datang ke tanah melayu melaLUI saad bin abi waqas?)
» Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 5(sejarah kedah dalam buku teks kita diseleweng)
» Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri (siapa yang menukar sejarah kita?)
» Benarkah SEJARAH yang kita pelajari adalah SEJARAH:siri 4(BOROBUDUR adalah masjid?)

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Life of TAHAP :: Perbincangan Umum-
Jump to: