Life of TAHAP
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Life of TAHAP

Laman rasmi Pimpinan SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut.
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM DIUCAPKAN UNTUK SEMUA PELAJAR SMKA TAHAP KHUSUSNYA KEPADA PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHAP...BERSAMALAH KITA MENYEMARAKKAN BIAH SOLEHAH INSYAALLAH..
KEPADA SELURUH PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHP YANG SUDAH MENCAPAI STATUS PELAJAR TINGKATAN 5 ANDA DIMINTA UNTUK MENDAFTAR TERUS KEPADA LAMAN RASMI BATCH IAITU DI http://batchtahap27.ning.com/
http://lifeinislam.sosblog.com
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
iluvislam
iluvislam
Kalender
May 2024
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
CalendarCalendar
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 22 on Tue Jun 08, 2010 4:28 pm
Latest topics
» Maka AKUlah AKU..dan kamu?
macam-macam muslimat sekarang... EmptyWed Jan 11, 2012 7:12 pm by MOTIVATOR

» KOREAAAA!!!!
macam-macam muslimat sekarang... EmptyFri Sep 30, 2011 11:39 pm by nur

» Reminiscence
macam-macam muslimat sekarang... EmptyTue Aug 09, 2011 5:30 pm by nur

» X-TAHAP 2011...
macam-macam muslimat sekarang... EmptySun May 01, 2011 8:20 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» Life Of Tahap da tak meriah cam dulu...
macam-macam muslimat sekarang... EmptyMon Dec 20, 2010 5:47 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» KENAPA TAHAP TAK seMERIAH dulu?????????
macam-macam muslimat sekarang... EmptyMon Dec 13, 2010 4:05 pm by Guest

» AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PAI 2010
macam-macam muslimat sekarang... EmptySat Oct 30, 2010 12:01 am by fiza

» CINTA MERUBAH SEGALANYA
macam-macam muslimat sekarang... EmptyFri Oct 15, 2010 8:49 am by allisa dania

» Seandainya Malaysia Diserang : Bersediakah Kita?
macam-macam muslimat sekarang... EmptySun Sep 05, 2010 6:13 pm by Aizat

chat

 

 macam-macam muslimat sekarang...

Go down 
AuthorMessage
Muhammad Hudzaifah

Muhammad Hudzaifah


Male jawatan : PAI
Posts : 90
Age : 28
Birthday : 20/03/1996
Reputation : 0
Join date : 27/11/2009
Location : ~putrajaya~

macam-macam muslimat sekarang... Empty
PostSubject: macam-macam muslimat sekarang...   macam-macam muslimat sekarang... EmptyTue Dec 01, 2009 1:24 am

Mungkin telah dibincang ataupun sudah menjadi mangli bagi kaum hawa namun sesekali eloklah direnungkan mudah-mudahan sebarang kesilapan dan kelemahan diperbetulkan supaya akhirnya mendapat keredhaan Allah, menjadi wanita solehah dan muslimah sejati.

Perbahasan berkenaan sama ada tudung muslimah itu patut labuh atau berbentuk tiga segi hanyalah skop yang kecil berbanding bagaimana cara penutupan aurat itu seharusnya diimplikasi secara keseluruhannya supaya menepati roh syariat yang sebenar.

Oleh itu wahai muslimah, marilah kita sama-sama memerhatikan beberapa gelaran jenis tudung yang boleh dilihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan oleh kalangan kaum hawa (dipetik daripada laman web ibnyusof.blogspot.com) :

1. Tudung 'Mickey Mouse'

- Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2.Tudung Lilit

- Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3.Tudung 'See Through'

- Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat, kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4.Tudung Jambul

- Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

5.Tudung 'Singlet'

- Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum. Tiada kelonggaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6.Tudung Saji

- Sekejap pakai, sekejap tidak. Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.

Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah di sebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :

"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk." (At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)

Selain itu kata laman web terbabit ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans dan sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka dan alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian.

"Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini ummat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat. Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah," kata laman ibnyusof.blogspot.com

Semoga kaum hawa tidak lupa kepada Firman Allah yang jelas: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka...
Back to top Go down
http://tahaplifef2.ning.com
 
macam-macam muslimat sekarang...
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» muslimat mmg x gune
» pesanan nabi muhammad kpd muslimat..(iluvislam)

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Life of TAHAP :: Berita Pimpinan :: Tazkirah-
Jump to: