Life of TAHAP
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Life of TAHAP

Laman rasmi Pimpinan SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut.
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM DIUCAPKAN UNTUK SEMUA PELAJAR SMKA TAHAP KHUSUSNYA KEPADA PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHAP...BERSAMALAH KITA MENYEMARAKKAN BIAH SOLEHAH INSYAALLAH..
KEPADA SELURUH PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHP YANG SUDAH MENCAPAI STATUS PELAJAR TINGKATAN 5 ANDA DIMINTA UNTUK MENDAFTAR TERUS KEPADA LAMAN RASMI BATCH IAITU DI http://batchtahap27.ning.com/
http://lifeinislam.sosblog.com
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
iluvislam
iluvislam
Kalender
May 2024
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
CalendarCalendar
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 22 on Tue Jun 08, 2010 4:28 pm
Latest topics
» Maka AKUlah AKU..dan kamu?
Tokoh Perubatan Islam EmptyWed Jan 11, 2012 7:12 pm by MOTIVATOR

» KOREAAAA!!!!
Tokoh Perubatan Islam EmptyFri Sep 30, 2011 11:39 pm by nur

» Reminiscence
Tokoh Perubatan Islam EmptyTue Aug 09, 2011 5:30 pm by nur

» X-TAHAP 2011...
Tokoh Perubatan Islam EmptySun May 01, 2011 8:20 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» Life Of Tahap da tak meriah cam dulu...
Tokoh Perubatan Islam EmptyMon Dec 20, 2010 5:47 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» KENAPA TAHAP TAK seMERIAH dulu?????????
Tokoh Perubatan Islam EmptyMon Dec 13, 2010 4:05 pm by Guest

» AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PAI 2010
Tokoh Perubatan Islam EmptySat Oct 30, 2010 12:01 am by fiza

» CINTA MERUBAH SEGALANYA
Tokoh Perubatan Islam EmptyFri Oct 15, 2010 8:49 am by allisa dania

» Seandainya Malaysia Diserang : Bersediakah Kita?
Tokoh Perubatan Islam EmptySun Sep 05, 2010 6:13 pm by Aizat

chat

 

 Tokoh Perubatan Islam

Go down 
AuthorMessage
Zainul Ariff

Zainul Ariff


Male Posts : 33
Age : 29
Birthday : 08/09/1994
Reputation : 0
Join date : 09/01/2010
Location : Bentong

Tokoh Perubatan Islam Empty
PostSubject: Tokoh Perubatan Islam   Tokoh Perubatan Islam EmptySun Jan 10, 2010 2:48 pm

TOKOH-TOKOH DALAM BIDANG PERUBATAN

Perkembangan ilmu perubatan dalam tamadun islam terbahagi kepada 3 zaman yang penting, iaitu zaman penterjemahan, zaman keemasan atau kegemilangan dan zaman kemerosotan. Pada zaman kemerosotan, negara-negara Eropah mula menyerang negara-negara Islam.

4.1 Zaman penterjemahan
Penterjemahan pada ketika ini sangat penting.Ia merupakan asas perkembangan ilmu perubatan dan lain-lain Hasil daripada penterjemahan akan dipelajari dengan mudah apa saja ilmu pengetahuan. Buku-buku dalam bahasa asing akan diterjemahkan kedalam bahasa arab. Kebanyakkan dilakukan di pusat pengajian tinggi perubatan kedoktoran jundishapur.Ia berkembang dengan pesat sekali kerana mendapt galakan daripada beberapa khalifah pada ketika itu.Antaranya khalifah Al Mansur (754-775 M), al Hadi(775-786) dan Harun al Rashid.Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam penterjemahan ialah Jabir,Hunayn,Thabit dan al Kindi

4.1.1 Jabir Ibnu Hayyan(721-766M)
Jabir merupakan seorang anak kepada seorang ahli kimia ubat.lahir pada abad ke 8M. Beliau terkenal dengan nama Geber di Eropah, tinggal di kufah Baghdad. Beliau juga mempunyai pengaruh yang agak kuat terhadap perkembangan sains kimia dan karyanya menjadi rujukan eropah dan asia kecil hingga abad ke 14.Jabir pernah mengarang lebih daripada 100 buah buku,malangnya hanya terdapat 22 buah sahaja yang ada di Eropah.Antara karyanya yang sering dirujuk ialah
a)Book of the seventy(disertasi)
b)Book of the composition of alchemy
c)Book of sun perfection
d)kitab al-Rahmah
e)Kitab tajmik
f)Book of eastern Mercury
Buku beliau yang bertajuk Book of the seventy(disertasi) ,Book of the composition of alchemy dan Book of sun perfection telah diterjemahkan kedalam bahasa latin dan telah menulis secara saintifik tindak balas penurunan(reduction) serta pengkalsinan(calcinations). Dia juga pakar dalam cara penyediaan ubat dan telah memperkenalkan kepada dunia istilah baru seperti alkali dan antimoni yang masih digunakan hingga ke hari ini.

[/color]
4.1.2 Hunayn Ibnu Ishaq(810-878M)[/color]
Hunayn merupakan penterjemah dan pengamal perubatan yang terkenal.Beliau dikenali sebagai Joannitus, lahir di hirah(Iraq). Telah mempelajari ilmu perubatan di Baghdad. Khalifah al-Mutawakil talah melantik Hunayn sebagai doktor di istana dan dilantik sebagai pengarah institut al-hikmah oleh khalifah al-ma’mun. Antara sumbangan Hunayn ialah mengumpul manuskrip yunani dan mempelajari bahasa tersebut serta beliau dapat manterjemahkan buku meteria medica, Aphorisma, seven books dan synopsis yang masing-maisng ditulis oleh Dioscorides,Hippocrates,Paul A.Egina dan Oribasius.
Beliau juga telah menulis sendiri 10 treatis mengenai mata dan persoalan-persoalan perubatan(questions of medicine) yang sesuai oleh penuntut oftalmologi dan perubatan

4.1.3 Thabit Ibnu Qurah(838-901M)
Thabit Ibnu Qurah juga terkenal sebagai ahli matematik, astronomi, dan perubatan.beliau telah menterjemah buku dalam bahasa yunani dan Siriak kapada bahas arab. Beliau adalah pelopor pusat penterjemahan dan beliau telah manterjemah buku karangan Apolinius, Archimedes, Euclid, Ptolemy dan Gelen.Selain daripada terjemahan beliau juga telah menyusun secara teratur ilmu perubatan yunani kedalam sebuah buku yang mengandungi 31 bab. Kandungan buku ini menyentuh tentang kebersihan,penyakit terlindung dan terbuka, penyakit kulit, penyakit eksrtemiti atas dan bawah, penyakit berjangkit seperti cacar, dan measel, fraktur, dislokasi dan diet(pemakanan)

4.1.4 Abu Yusof Ibnu Ishaq al-Kindi(809-873M)
Beliau dikenali sebagai di Eropah dengan galaran al-Kindi.Beliau anak seorang gabenor Kufah dan dilahirkan pada tahun 194 hijrah(809M).Memperolehi pendidikan di Basrah dan sepas itu berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pelajaran dan dilantik sebagai pegawai perubatan dan guru diraja semasa pemerintahan al-ma’mun dan al-Mu’tasim. Hasil kerjanya yang meliputi pelbagai aspek bidang ilmu ,dengan ini bolehlah dikatakan beliau seorang cedikiawan yang serba boleh. Al- Kindi telah menulis lebih daripada 265 jilid buku.diantara bidang yang beliau tulis ialah falsafah, logik, ilmu hisab,sferik, perubatan, astrologi, polemik, psikologi, politik, meteorologi dan banyak lagi. Tetapi kebanyakannya dipercayai telah hilang dan musnah akibat daripada serangan monggol. Karya al-Kindi telah disenaraikan dalam bidang perubatan oleh Atiyeh(1966M). Antara karya beliau yang diterjemahkan kedalam bahasa latin ialah The Books of Optics telah mempengaruhi Roger Bacon dan sintis-saintis lain di Eropah. Al-Kindi telah menggunakan prinsip matematik dalam perkiraan dos ubat .

4.2 Zaman kegemilangan
Pada zaman ini berlakunya perkembangan ilmu pengetahuan ilmu yang pesat dan lahirnya teori-teori baruhasil penyelidikan dan pengkajian ilmu dengan cara terpeinci dan saintifik.Karya ahli perubatan islam telah dibukukan dan dijadikan rujukan serta buku teks untuk pendidikan kedoktoran di Eropah hingga beberapa abad lamanya. Antara tokoh perubatan islam pada zaman ini ialah Al-Razi, Ibnu Sina, Al Zahrawi, Ali Ibnu Abas, Al-Haytham.

4.2.1 Ibnu Sina
Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Hussain Ibnu Abdullah Ibnu sina. Orang barat memanggilnya dengan panggilan Avicenna. Ibnu Sina merupakan seorang cendikiawan islam yang memiliki pelbagai bidang ilmu. Antaranya tentang falsafah- falsafah dan perubatan. Sumbangan yang ketara Ibnu Sina dalam bidang perubatan adalah dari segi pengalaman dan kebolehanya untuk mengubat dan juga dalam menghasilkan karya dalam penulisan. Terdapat banyak ilmu perubatan moden yang menggunakan ilmu perubatan Ibnu Sina sebagai rujukan. Terutamanya mengenai penggunaan ubat, diagnosis dan pambedahan. Buku beliau telah digunakan secara meluas di Universiti-universiti Eropah hingga abad 15M. Pada bad ke 12M, buku beliau telah diterjemah oleh Genard Cremona yang berpindah ke Toledo, sepanyol kedalam bahasa latin. Bukunya telah dicetak sebanyak 16 kali,15 edisi dalam bahsa latin dan sebuah dalam bahasa yahudi(Hebrew). Pada abd ke 16M buku ini telah dicetak sebanyak 21 kali. Penulis dibarat telah menganggap Ibnu Suna sebagai bapa kedoktoran kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan ilmu perubatan Yunani, Hippocreates dan Gelen serta pengalaman daripada ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi serta pengalaman beliau sendiri .
Antara sumbangan utama beliau terhadap dunia perubatan ialah:
a)Telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam ilmu perubatan
b)Penemuan beliau dalam bidang perubatan yang dikenali pada hari
ini sebagai psikosomatis(psikosomatic medicine)

c)Memperkenalkan ilmu diagnotis untuk mengenalpasti ketidakseimbangan humur yang berkenaan dan ia masih dipraktikkan oleh para doktor muslim di Pakistan, Afganistan dan Parsi.

d)Seorang doktor dari Amerika melaporkan bahawa para hakim di afganistan, China dan India dan parsi sangat berkebolehan dalam menentukan penyakit melalui denyutan jantung

e)Menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan.

f)Ibnu Sina adalah doktor yang pertama yang mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (pulmonary tuberculosis) adalah penyakit yang boleh berjangkit.

pergi)Beliau juga dapat menceritakan dengan tepat tanda-tanda (symptoms) penyakiut kencing manis(diabetis)dan masalah yang timbul daripadanya.

Osler menganggap karyanya iaitu al-Qanun fi Al-Tibb sebagai sebuah teks perubatan yang teragung yang pernah ditulis sebagai “injil perubatan”yang dibaca dalam tempoh yang lebih lama berbanding buku-buku perubatan yang lain dan ia dibahagikan kepada 5 buku iaitu
a)buku yang membicarakan tantang asas-asas umum.
b)buku-buku ubatan simple(biasa)
c)buku penyakit organ-organ tertentu
d)buku penyakit yanjg biasanya merebak ke seluruh badan
e)buku ubat-ubatan ‘compound’(sebatian).

4.2.2 Al-Razi
Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar Muhammad Ibnu Zakaria Al-Razi. Beliau lebih terkenal dengan panggilan al-Razi. Selain dari itu, beliau lebih terkenal dengan panggilan Rhazes di kalangan orang barat. Al-Razi dikenali sebagai Galen Arab dan beliau berasal daripada Parsi. Beliau juda adalah guru kepada Ibnu Sina. Dilahirkan pada tahun 863M di Bandar Rai berdekatan dengan Bandar Teheran. Beliau meninggal dunia pada tahun 925M(312Hijrah) ditempat yang sama. Beliau mendapat pendidikan awal di Baghdad yang menjadi pusat Bandar empayar Abbasiyyah yang juga menjadi pusat pendidikan. Pemerintah islam pada ketika itu menggalakkan orang ramai dalam pencarian ilmu dengan memberi kemudahan-kemudahan seperti hospital-hospital dan perpustakaan untuk melakukan penyelidikan. Sebelum menceburkan diri dalam perubatan, beliau pernah mempelajari dalam bidang Al-quran, fekah, ilmu tauhid, bahasa arab dan hadis. Meyerhoff dalam buku Legacy of Islam menganggap beliau sebagai pengamal perubatan yang teragung dalam dunia islam malah seorang pengamal perubatan teragung di dunia .
Beliau mempelajari ilmu perubatan dengan Hunayn Ibnu ishaq, seorang pakar perubatan parsi dan India. Al-razi bertugas sebagai pegawai perubatan dan menjadi pengarah disebuah hospital di rays, Baghdad dan Parsi serta pengasas perubatan psilosomatik dan mempunyai pengetahuan yang agak mendalam dalam bidang anatomi. Beliau meneruskan tradisi yang diasakan oleh Galen bersama pakar-pakar perubatan islam pada masa itu. Buku yang telah dihasilkan adalah sebanyak 224 buku, 140 daripadanya dalam ilmu perubatan(10 daripadanya telah diterjemah kedalam bahasa Latin).
Antara sumbangan Al-Razi di dunia barat ialah Treatisnya berkenaan dengan campak cacar tulen(smallpox) dan campak biasa(measel)yang telah diterbitkan beberapa kali di Eropah hingga abad ke 18M. Buku karyanya yang terbesar ialah ensikopedia perubatan amalan dan terapeutik yang berjudul kitab Al Hawi fi Al Tibb(Liber continens) yang seberat 10 kilogram ini mengandungi 9 jilid menjadi rujukan fakulti perubatan di Paris, Perancis Pada tahun 1395M. Buku teragungnya yang kedua ialah berjudul kitab Al-mansur (Liber Medicinalis ad Al Mansorem). Ia adalah ringkas dan mengandungi 10 bab. beliau menyumbangkan kitab ini kepada gabenor Khurasan, Al- Mansur Ibnu Ishaq yang berkenaan dengan seni dan sains perubatan
Beliau memperkenalkan beberapa kaedah dalam ilmu farmasi antaranya

a)Penggunaan ubat untuk melawaskan buang air besar secara lembut(Milld purgatives)

b)Pembekaman (mengeluarkan darah) bagi kes-kes “apoplexy” (kehilangan kegunaan deria) disebabkan kepecahan urat darah dalam otak.

c)Penggunaan air sejuk bagi demam yang melarat

d)Mencipta seton (jenis benang) dan penggunaan dalam kes-kes luka.
Menurut Ali bin Abbas al Majusi yang meninggal dunia 60 tahun selepas Al-Razi kitab Al-Hawi mengandungi
a)Cara menjaga kesihatan
b)Mengubati penyakit melalui cara makanan.
c)Mengenal tanda-tanda penyakit
Sumbangan lain Al-Razi dalam perubatan islam ialah pengasingan alkohol dan mendorng kegunaanya sebagai anti septik. sebuah lagi kitabnya yang bernama kitab Al asrar (the book of secrets) telah diterjemah kedalam bahasa latin adalah sumber utama maklumat bahan kimia hingga abad 14M.


4.2.3 Abu Qassim Khal;af Ibnu Abbas al—Zahraawi (936-1013M)

Tokoh pembedahan yang handal dan masyur ini dikenali di Eropah dengan nama Abulcasis.Beliau dilahirkan di Bandar Di Raja al-Zahrah dalam tahun 936M. Pendidikan yang diperolehi oleh beliau ialah dalam Cordoba iaitu sebuah pusat perniagaan dan pendidikan di bahagian Sepanyol Islam.Bandaraya ai-Zahrah dan Cordoba adalah berhampiran. Beliau dipercayai mengamalkan profesionnya di Bandar ai-Zahrah sebagai seorang pengamal perubatan,pakar bedah dan Pharmacist.
Sumbangan beliau dalam bidang perubatan dapat difahami dari buku al-Tasrif.Buku yang dihasilkan oleh al-Zahrawi ini diberi banyak gelaran seperti kitab al-Zahrawi.Nama penuh buku ini ialah Kitab aal-Tasrif Liman Ajiza an al-talif, yang secara ringkas disebut al-Tasrif sahaja.
Al-Tasrif mengandungi 30 bahagian yang dikumpul menjadikan satu buku.Buku ini meliputi tajuk-tajuk –tajuk yang luas dan menyentuh pelbagai bidang perubatan.Satu salinan al-Tasrif dianggarkan berjumlah lebih kurang 750 folio ataupun 1500 muka.
Dalam abad ke-12 M. dan ke-13M, banyak hasil karya Arab telah diterjemah ke bahasa latin dan bahasa asing yang lain.Karya al-Zahrawi mula terkenal di Barat pada pertangahan abad ke-12 M. Selepas ini nama al-Zahrawi mulai harum sebagai ahli bedah dan ketokohannya disamakin dengan Celcus dan Paulus Aeginate dalam bidang perubatan.
Melalui terjemahan Gerard, al-Zahrawi memjadi terkenal dalam awal abad ke-13 M. di Itali . Dalam separuh abad ke-13 M ramai pengamal perubatan dari Itali berhijarah ke Perancis dan membawa bersama mereka ilmu al-Zahrawi .Penghijrahan ini dianggap sebagai asas permulaan pembedahan rasionaldi Perancis.
Dengan secara kebetulan, pada ketika yang samasatu manual surgery oleh Roger of Parma menggunakan bahagian ke-13 al-Tasrif sebagai rujukan utama. Selepas Roger, surgeon seperti Bruno di Calabre, Lafranc, Nicolas ada Florence,Valeseus dan Toronto dan Louis of Pisa sering merujuk kepada buku al-Zahrawi yang menjadi buku teks utama dalam bidang surgery sehinggalah masa guillanme ada Saliceto (Hamarneh et al, 1963)
Dalam abad ke-14 M. Guy ada Chauliac menganggap al-Zahrawi sebagai standing denagn pengamal terdahulu sepeti Hippocrates dan Galen. Dalam bukunya Great Surgery yang ditulis dalam latin dalam tahun 1363, Guy ada Chauliac telah merujukkan kepada al-Tasrif sebanyak 200kali dan memasukkan beberapa paragraph secara verbatim. Kepentingannya adalah jelas sekali sebab buku”Great Surgery” adalah buku teks piawai dalam bidang surgery di Barat sehingga masa Vesalius.
Sebahagian ataupun keseluruhan buku al-Tasrif telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa terutama sekali Latin, Perancis,Sepanyaol dan Hebrew dan diterbitkan di Venice(1497), Strassburgh (1532) dan Oxford (1778). Sayang sekali terjemahan –terjemahan yang dibuat tidak begitu memuaskan dari segi ketepatan dan kesilapan ini semakin besar setelah buku itu ditiru berulang kali.
Al-Tasrif adalah sumbangan utama al-Zahrawi dan dengan buku ini beliau menjadi seorang tokoh perubatan yang terkemuka. Ketokohannya diakui di negara Sepanyol, Afrika Utara dan Kerajaan Islam Timur dan juga di Eropah Barat.
Buku yang ditulis oleh ai-Zahrawi memenuhi 3 perkara penting
1. Memberi nasihat dan anjuran yang baik untuk meningkatkan bidang kesihatan dan berguna untuk penuntutnya dan pengamal perubatan yang lain.
2. Alat dan teknik yang digunakan oleh al-Zahrawi dibicarakan dengan terperinci dan beliau menggunakan pendekatan moden terhadap proses-proses yang dibuat olehnya.
3. Beliau mencadangkan kesenian perubatan yang terbaik untuk ketika itu. Beliau dengan jelas memberi keterangan mengenai cara rawatan, persedian ubat, dan penyimpanan ubat di bawah keadan unggul dan cara terselamat pemberian ubat dan diet.Kesemua anjuran yang dibuat olehnya adalah amat bersesuaian sekali dengan prinsip-prisip perubatan yang wujud pada ketika itu.

Melalui buku ini rawatan secara kauteri yang dianjurkan oleh al-Zahrawi telah luas diguna di Barat pada akhir zaman Pertengahan.Dalam bidang surgeri al-Zahrawi telah memperkenalkan 150 alat pembedahan termasuk alat untuk obstetik dan pergigian.
Sebagai seorang pengamal perubatan, al-Zahrawi mengkaji penyakit dan pengkelasan penyakit, diagnosis dan prognosis, mengakui kepentinagn anatomi, temperamen, meteorologi dan membincangkan mengenai cara-cara mengelakkan penyakit (profilaksis), meningkatkan kesihatan dan mengurangkan kesakitan.
Sebagai seorang ahli bedah beliau telah membincangkan tentang pembedahan dan membicarakan mengenai alat-alat yang beliau guna secara terperinci. Sebagai seorang ahli kimia ubat, beliau telah memberi sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat atau dos, teknik dan alat penyediaan ubat.

4.2.4 Ishak Ibnu Sulaiman al-Yahudi
Beliau dikenali sebagai Isaac Judaeus dan dilahirkan di Qairawan,Mesir.Berpengetahuan luas dalam bidang perubatan, falsafah, matematik, logik, geometri dan astronomi. Diantara karya beliau yang telah diterjemahkan kedalam bahasa Latin oleh Constantin the African ialah:-
i)On diet and Medicine(pemakana dan ubat-ubatan)
ii)Kitabul Istiqsat
iii)Kitab al-Hudud waal-Rusum
iv)On Fevers(demam)
v)On Urine(Urin)


4.3 Zaman Kemerosotan
Pada zaman ini, Eropah mula menyerang kerajaan islam iaitu bermula pada 1096M. Keadaan ini menyebabkan kemajuan sains terjejas dan keadaan politik yang tidak stabil. Walaupun keadaan kacau bilau, namun masih terdapat tokoh-tokoh perubatan islam pada masa itu.Antaranya ialah Ibnu Zuhr, Ibnu Rusyd dan Ibnu Quff

4.3.1 Ibnu Zuhr
Dikenali sebagai Avenzoar dan juga dipanggil abu Meron. Beliau merupakan ahli falsafah dan perubatan. Beliau adalah kawan karib kepada Ibnu Rusyd(Averroes). Hasil karya yang utama beliau ialah al taysirfi al-Murawahwa al-tadbir (facilitation of treatment) diterjemahkan ke dalam bahasa latin pada 1280M oleh Paravicius. Melalui buku ini, beliau telah menulis mengenai scabies, perikarditis, penyakit telinga tengah, pengeluaran batu karang dan trakeotomi. Beliau juga menulis mengenai sarap tiruan melalui mulut atau anus dan kepentingan teknik ini dalam perubatan.

4.3.2 Ibnu Rusyd
Beliau terkenal di Eropah dengan nama Averroes .Nama penuh beliau ialah Abu al-Walid Muhamad Ibnu Ahmad,dilahirkan di cordova dan tinggal di Sepanyol. Beliau hanya mengetahui dalam bahasa arab dan kesemua sumber bacaan dan karya beliau dibuat dalam bahasa arab. Beliau adalah tokoh falsafah dan perubatan yang bertugas sebagai guru, doktor istana, penasihat politik dan hakim. Ibnu Rusyd telah menulis sebuah kitab al kuliah (general rules on Medicine)yang mengandungi 16 jilid. Buku ini dianggap tinggi mutunya dan dicetak beberapa kali di Eropah.
Ibnu Rusyd adalah seorang pengarang yang produktif. Beliau mula mengarang dalam usia 36 tahun, dan dalam masa hampir 40 tahun beliau menghasilkan karangan yang terdiri dari 10000 lembar, menyentuh tentang falsafah, sains dan perubatan. Oleh sebab falsafahnya beliau pernah dibuang negeri selama setahun di ai-Yasanah (Bandar berhampiran Cordoba) semasa umur beliau menjelang 70 tahun dan beliau meninggal dunia tidak beberapa lama kemudian Maghribi

4.3.3 Ibnu Quff
Beliau dilahirkan di Bandar al Karak, Jordan dan meninggal di Damsyik. Nama sebenar beliau ialah Amin al-Dawlah Abu Al-Faraj Muwaffaw al-Din Yaqub Ibnu Ishak Ibnu al-Quff al-Mariki al-Karaki. Beliau adalah seorang pakar bedah dan mengamalkannya di Ajlun dan di Damsyik. Buku panduan mengenai surgery hasil karya Ibnu al-Quffialah al-‘Umdah fi Sina ‘at al-Jurahah (The Authority of Surgery), adalah buku yang komprehensif dan mengandungi 20 fasal kesemuanya. Beliau menekankan kepentingan anatomi dalam pembedahan, dan membicarakan tentang teknik-teknik pembedahan, alat yang hendak diguna, dan atucara pembedahan dengan jelas dan terpeinci
Back to top Go down
 
Tokoh Perubatan Islam
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Ibnu Sina tokoh perubatan
» Adakah Anda Faham Islam Sebagaimana Abu Jahal Faham Islam?
» Syariat Islam
» Manisnya Menjadi Wanita Islam.....
» sebar nikmat iman dan islam

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Life of TAHAP :: Tokoh Dunia Islam-
Jump to: