Pada suatu hari, ketika sepaang suami isteri duduk makan di ruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.
"Tolonglah encik, saya lapar. sejak semalam saya tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menegking si pengemis itu.
Dalam hatinya berkata, "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku."
Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walauoun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami telah jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus mencerailan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.
Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seprang pengemis mengetuk pintu sambil memeinta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti apa yang mereka makan.
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. si isteri mengadu bahawa si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.
Suami yamg baru itu menjawab dengan tenang: "Demi ALLAH, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!"....