Life of TAHAP
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Life of TAHAP

Laman rasmi Pimpinan SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut.
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM DIUCAPKAN UNTUK SEMUA PELAJAR SMKA TAHAP KHUSUSNYA KEPADA PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHAP...BERSAMALAH KITA MENYEMARAKKAN BIAH SOLEHAH INSYAALLAH..
KEPADA SELURUH PELAYAR LAMAN LIFE OF TAHP YANG SUDAH MENCAPAI STATUS PELAJAR TINGKATAN 5 ANDA DIMINTA UNTUK MENDAFTAR TERUS KEPADA LAMAN RASMI BATCH IAITU DI http://batchtahap27.ning.com/
http://lifeinislam.sosblog.com
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
iluvislam
iluvislam
Kalender
May 2024
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
CalendarCalendar
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 22 on Tue Jun 08, 2010 4:28 pm
Latest topics
» Maka AKUlah AKU..dan kamu?
Kisah Saye Dan Awak EmptyWed Jan 11, 2012 7:12 pm by MOTIVATOR

» KOREAAAA!!!!
Kisah Saye Dan Awak EmptyFri Sep 30, 2011 11:39 pm by nur

» Reminiscence
Kisah Saye Dan Awak EmptyTue Aug 09, 2011 5:30 pm by nur

» X-TAHAP 2011...
Kisah Saye Dan Awak EmptySun May 01, 2011 8:20 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» Life Of Tahap da tak meriah cam dulu...
Kisah Saye Dan Awak EmptyMon Dec 20, 2010 5:47 pm by HambaAllahYangHinaLagiKej

» KENAPA TAHAP TAK seMERIAH dulu?????????
Kisah Saye Dan Awak EmptyMon Dec 13, 2010 4:05 pm by Guest

» AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PAI 2010
Kisah Saye Dan Awak EmptySat Oct 30, 2010 12:01 am by fiza

» CINTA MERUBAH SEGALANYA
Kisah Saye Dan Awak EmptyFri Oct 15, 2010 8:49 am by allisa dania

» Seandainya Malaysia Diserang : Bersediakah Kita?
Kisah Saye Dan Awak EmptySun Sep 05, 2010 6:13 pm by Aizat

chat

 

 Kisah Saye Dan Awak

Go down 
AuthorMessage
adib alwi

adib alwi


Male Posts : 69
Age : 30
Birthday : 05/03/1994
Reputation : 0
Join date : 16/11/2009
Location : flamingo village

Kisah Saye Dan Awak Empty
PostSubject: Kisah Saye Dan Awak   Kisah Saye Dan Awak EmptyTue Dec 15, 2009 8:47 pm

Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak. Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk mentertawakan saya. Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita.

Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya. Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya. Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar. Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya. Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”.

Astaghfirullah…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan. Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa. Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak mebisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja. Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya. Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak. Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya. Ya, awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak. Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya. Terima kasih Allah ikatkan kita dengan tali perkahwinan biarpun pada usia muda remaja.

Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya.
Back to top Go down
 
Kisah Saye Dan Awak
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» message 'saya' pade 'awak'
» kisah-kisah roh.......
» Kisah Sahabatku......
» kisah cinta
» Kisah Fatimah r.a

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Life of TAHAP :: Berita Pimpinan :: Tazkirah-
Jump to: